Bicara pelajar dari pondok Pasir Tumboh, Kelantan


Assalamualaikum wbt.

Buat sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, sebelum ana memulakan bicara ini terlebih dahulu marilah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah taala kerana masih mampu kita berbicara dan melangkah di bumi yang fana ini. Moga segala peluang yang ada ini dapat kita gunakan untuk mencari redhaNya.

Salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. keluarga baginda, para sahabat r.a. dan tabien sterusnya insan-insan yang merindukan suasana Islam.

Dalam menempuh gelombang dunia akhir zaman ini kita yang lemah iman pastinya dalam kebingungan dan keresahan dalam suasana alam yang penuh dengan fitnah dan seribu satu macam maksiat yang menyebabkan hati tiada ketenangan dan mencari kedamaian.

Ana sangat perihatin dan terharu dengan khabar angin palsu yang mengatakan ana sudah kembali ke Rahmahtullah. Namun tidak pula ana menganggap ia sebagai satu fitnah dan tohmahan, kerana anggapan ana kesilapan ini mungkin berpunca dari diri ana sendiri, menyepikan diri tanpa khabar angin yang pasti.

Sebulan lebih ana tak menulis dan begitu cepat sekali masa berlalu, sampaikan ada juga sahabat yang beranggapan ana sudah meninggal dunia mash'Allah! Baiklah sekarang ini sudah jelas bahawa ana masih hidup lagi, jadi tidak perlulah kita nak fikirkan benda yang tak pasti dan beranggapan yang bukan-bukan.

Apa pun bukan perkara ini yang hendak ana bicarakan bersama kalian. Hakikatnya cuma ingin berkongsi pengalaman dan bermuzakarah iaitu bertukar-tukar fikiran mengenai urusan-urusan Islam bersama-sama.

Baru sebulan ana menuntut di Madrasah Ad-Diniah Al-Bakriah ( Pondok Terusan Pasir Tumboh ). Inilah sebabnya sekian lama ana tidak submit entry. Mungkin sahabat tertanya-tanya kenapa seorang graduan macam ana beralih arah untuk belajar di Pondok. Kenapa belajar di Pondok? dan untuk apa belajar di Pondok?

Inilah penjelasannya, umum diketahui bahawa pusat pengajian Islam tradisional yang lebih dikenali dengan "Mengaji Pondok" ini adalah satu-satunya institusi ilmu yang berhubung rapat dengan masyarakat yang dibuka dan dilaksanakan atas keperluan musyarah oleh induvidu muslim yang ikhlas tampa mengharapkan imbuhan dunia.

Bermatlamatkan menjadi seorang mukmin yang beriman dengan akidah yang sahih dan amalan yang benar. Sebenarnya institusi pengajian Pondok ini telah diasaskan oleh para ulama' beberapa abad yang lalu adalah kesinambungan daripada Madrasah Rasul.

Walau bagai mana pun kita lihat betapa tanggapan masyarakat terhadap institusi pengajian Pondok begitu rendah sekali, walhal kalau kita "compare" dengan IPTA dan IPTS yang lain, ia juga memainkan peranan yang tersendiri. Kalau IPTA atau IPTS yang lebih kepada pengajian sekular melahirkan graduan bergelar intelek maka Institusi pengajian Pondok pula melahirkan graduan yang bergelar ulama'.

Mari kita imbas kembali sejarah Institusi pengajian Pondok, tidak dapat dinafikan bahawa ia telah memberi saham yang besar dalam perkembangan politik dan sosial Negara. Sebelum zaman penjajahan contohnya, Institusi pengajian Pondok menjadi sumber utama masyarakat Islam untuk menimba ilmu, kemudian dalam era penjajahan pula ia telah menampilkan pejuang daripada golongan ulama' yang digeruni penjajah.

Namun setelah peralihan ke zaman kemerdekaan, berlaku kebangkitan Islam yang menyebabkan kecenderungan untuk menuntut di Pondok. Lihatlah Institusi pengajian Pondok dengan identitinya yang tersendiri dianggap oleh sesetengah masyarakat sebagai "jumud" atau rendah taraf sebenarnya memiliki keistimewaan dan kepentingan luar biasa yang sebenarnya tidak mampu ditandingi atau dicapai oleh pendidikan sekular yang lain.

Contoh-contoh yang ana dapat dan nampak keistimewaannya setelah empat minggu menjadi penuntut berdaftar di Pondok Pasir tumboh ini.

Pertamanya, ia mengamalkan kongsep pendidikan Rasulullah. Di mana Institusi Pondok ini merupakan satu-satunya pusat pengajian yang mengamalkan kongsep pendidikan Rasulullah s.a.w. Model paling utama untuk diikuti, bermula dengan masjid dan tempat-tempat ibadah seperti dengan Masjid dan tempat ibadah seperti Surau dan Madrasah sebagai tempat pengajian.

Keikhlasan guru-guru yang mengajar pula tanpa sebarang imbuhan dunia dan kesedaran para pelajar menuntut ilmu bukannya bermatlamatkan ijazah atau sanjungan. Tetapi semata-mata untuk membebaskan diri dari keluarga dan masyarakat daripada belenggu kejahilan adalah merupakan nadi utama sistem pengajian di Pondok.

Yang kedua , ia mengamalkan sukatan pembelajaran berasaskan Al-Qur'an dan As-Sunnah. Asas sukatan pengajian yang menekankan keseluruhannya kepada ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah secara teori dan praktikal bersumberkan Al-Qur'an dan As-Sunnah.

Kitab-kitabnya pula adalah daripada kitab-kitab yang muktabar yang sudah diakui kesahihan dan ketepatannya. Jadi masihkah ada lagi pesoalannya?

Sedar atau tidak institusi pengajian Pondok sebenarnya menjadi benteng utama bagi menangkis serangan penyelewengan Aqidah, Ibadah dan Syaksiyyah ummah. Justeru itu ia dapat melahirkan ulama'-ulama' pewaris nabi.

Sejarah telah membuktikan kebanyakan tokoh ulama' adalah daripada kalangan lepasan pengajian Pondok. Ini jelas membuktikan institusi pengajian Pondok juga mampu menyumbangkan sesuatu yang sangat bernilai untuk Negara.

Bahkan sumbangan Institusi ini merupakan permata yang tiada nilainya. Hakikatnya ulama' Al-Amilun ( ulama' yang beramal dengan ilmu ) inilah yang menjadi penyelamat masyarakat sekiranya fungsi ulama' diletakkan pada tempatnya yang sebenar.

Terus membina kegemilangan

Menyedari hakikat tersebut maka institusi Pondok ini mempunyai komitmen yang padu menyeluruh dan terancang daripada umat Islam terutamanya golongan pelajar yang menjadi komponen utama.

Walau baru sebulan ana berada di institusi ini, ana percaya setiap usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai hasrat yang agung ini dengan menyediakan bekalan yang secukupnya akan mampu meletakkan diri kita di tengah masyarakat sebagaimana generasi pasa Sahabat r.a.

Perlu peka dengan masaalah ummah dan dunia disamping memikir dan merancang strategik untuk kemajuan umat Islam sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. Maka demikian tidaklah sekali-kali turut lena bersama arus masyarakat jahilliah moden atau lebih menyedihkan lagi bila kita telah terjerumus dalam masyarakat yang menjadi penentang Islam. Nauzubillah !

Janganlah kita biarkan tamadun Islam terhakis dan terkubur ditindas oleh nizam pendidikan sekular yang bermatlamatkan madiyyah. Sesungguhnya pelajar Pondok yang mempunyai kualiti iman, hati yang bersih, akhlak dan akal yang baik sangat penting untuk menimba ilmu Allah yang suci ini.

Dalam pada itu ana rasa bersyukur kepada Allah Taala kerana menggerakkan hati ini untuk menyatu dan mengeluarkan idea mencari inisiatif untuk memberi penjelasan yang nyata dan berdakwah kepada masyarakat yang perihatin dengan pendidikan Islam.

Mengimbas kenangan lalu, bertahun-tahun lamanya ana belajar dengan pendidikan sekular bermula daripada peringkat rendah hinggalah ke peringkat yang tinggi ( Bukan dalam bidang Al-Qur’an, Ushuluddin atau berkaitan dengan Agama ). Setelah bergelar seorang graduan yang berkelayakkan, entah mengapa ana masih lagi merasakan tiada ketenagan hati dalam menempuh perjuangan hidup.

Rupa-rupanya ada satu seruan yang memanggil ana agar menuntut ilmu Allah yang suci ini dengan lebih mendalam lagi. Namun dengan harapan yang tidak terhingga agar umat Islam yang mencintai kesucian dan keagungan ilmu Islam ini bangkit bersama-sama.

Tingkatkanlah kualiti dan kegemilangan Institusi pengajian Pondok ini sebagai pusat pengajian tinggi Islam yang mampu melahirkan cendiakawan yang bertakwa serta memiliki ilmu yang mantap di dalam menjalankan amanah sebagai khalifah di muka bumi ini.

8 comments:

Penjelajah pondok on May 8, 2007 at 1:41 PM said...

Assalamualaikum

oh, generasi baru pasir tumboh.. bagus la.. belajar elok2 moga keluar esok boleh menyumbang kepada Islam. sempat plak tulis blog? bukan kene grounded 40 hari xleh keluar ke? abe pa sihat? masjid dah siap ke blom ye... lama sungguh xpi sana.. esok2 kalau dah lama2.. gi jalh jalan pondok gelang mas plak.. tapi gelang mas xder pondok kosong.. kene tumpang pondok org la. or cuba pondok lubuk tapah pon ok jugak. pondok lubuk tapah byk pelajar lama yg dah berumur sket la.. pondok gelang mas.. ramai yang underage.. yg dewa ada.. tp xramai.. mcm tu gak pondok pasir tumbuh.. byk remaja dan bwh umur.. yg tua2 dah x ramai... zaman dulu zaman abe pa masih nampak, pojie, ustaz abas, ust, nasaruddin, zaman tu ramai la yg kelas umur pertengahan.. 30-40 an. tp apa2 pon.. kekalkan dan martabatkan nilai pengajian pondok di mata masyarakat.. bila esok2 keluar.. beri sumbangan kepada jemaah.. ada jugak yg dulu lama di pasir tumbuh... 10-15 tahun di pasir tumbuh... tp bila keluar.. sayang.. xmenyumbang kepada jemaah.. dah akhirnya.. kain pelikat, jubah dan serban entah kemana.. kitab rendah tahp mussoli pon dah xleh nak ngajar.. alangkah ruginya...

Muhammad Muzakhir on February 8, 2008 at 12:03 AM said...

sama-samalah kita menyumbang perkembangan islam, ayuh kita semarahkan kebangkitan islam...doakan ana atas mujahadah untuk jihat..salam ukhwah al-Islamiah

Muhammad Muzakhir on February 8, 2008 at 12:03 AM said...

sama-samalah kita menyumbang perkembangan islam, ayuh kita semarahkan kebangkitan islam...doakan ana atas mujahadah untuk jihat..salam ukhwah al-Islamiah

Anonymous said...

Ada kawan saya belajar kat sekolah cukup-cukup makan jadi masuklah pondok 2 ke 3 tahun alhamdulillah dah pandai dah bercakap warak pulak tu tapi bab duit kantoi la sikit sebab gaji kecik sangat tapi dari segi ilmu nahu hebat tarikat pun hebat

حسنى جميل on May 20, 2010 at 1:45 AM said...

bila baca entry ni,baru sedar dan minda lebih terbuka meengenai sistem pengajian di p0nd0k ni.teruskan menulis

Nurulhusna Jaafar on October 5, 2013 at 1:18 AM said...

ada x bljr musim cuti sekolah...sy pun teringin juga

Anonymous said...

insha'Allah kalau di izinkan Allah, bula. depan lpas raya haji nak pi daftar. doakn sya ya. 2-3 tahun jga ambil keputusan nk ke pondok sebab takut sya ni tak layak dan tak cukup baik. tapi saya yakin disitulah tempat utk saya caro sesuatu.

Fatin Athirah on September 18, 2014 at 11:21 PM said...

@Anonymous : Masha Allah ! Ana pun bercadang nak mendaftar ke sana lepas raya haji juga ! Banyak ana search pasal pondok-pondok di Malaysia ni, tapi pondok pasir tumboh ni macam ada tarikannya yang tersendiri. Doakan ana kekal istiqomah dalam membuat kebaikan ya. Semoga kita semua beroleh keredhaan dari Yang Maha Kuasa :)

Terima Kasih Kerana Sudi "Like" Semoga Allah Merahmati Kamu!

Stastistic

Ukhwah.com :: Top Blog


 

:: Halimislam Online :: حليم اسلام اونلاين. Copyright 2011 All Rights Reserved