Halimislam Online

Rasulullah yang pemurah

Petikan daripada kitab Arab "Hayatush Shahabah" Mukasurat 517

Seorang lelaki datang meminta sesuatu daripada Rasulullah. Baginda memberinya kambing yang banyak, sehingga memenuhi jalan antara dua bukit. Lelaki itu pulang kepada kaumnya lalu berkata “Masuklah kamu semua ke dalam agama Islam.

Sesungguhnya Muhammad apabila memberi dia seperti orang yang tidak takut miskin.“letakkan ia di Masjid,” kata Rasulullah ketika menerima wang dari Bahrain. Rasulullah terus solat tampa sempat menoleh kepada wang tersebut. Selesai solat, wang itupun dibahagi-bahagikan. Rasulullah bangun setelah wang itu habis dibahagi-bahagikan.

Rasulullah memakai pakaian yang dihadiahkan oleh seorang wanita. Suatu hari, baginda ditegur oleh seorang sahabat, “Wahai Rasulullah, alangkah cantiknya baju ini. Berikanlah kepadaku.” Rasulullah pun memberikan baju itu pada sahabat yang meminta.

Arrabi binti Mu awwiz berkata: “ Aku berjumpa Rasulullah membawa hadiah kurma dan timun. Sebelum aku pulang, Rasulullah menghadiahkan kepadaku perhiasan daripada emas. Benarlah kata Sayidatina Aisyah bahawa baginda suka menerima pemberian orang dan membalas pemberian itu."

“Ibuku meminta sehelai gamis daripada tuan,” kata seorang budak kepada Rasulullah s.a.w. Rasulullah menjawab, “Pulanglah dulu. Apabila gamis itu ada nanti, kamu datanglah kemari.” Budak itu pun pulang, tetapi tidak lama selepas itu dia lagi. “Ibuku minta gamis yang tuan pakai ini,” kata budak itu. Rasulullah masuk ke biliknya menanggalkan gamis yang sedang dipakainya lalu diberikan kepada budak itu.

Baginda mengingatkan umatnya melalui sabdanya: “ Orang yang pemurah dekat dengan Allah, dekat kepada manusia, dekat ke syurga. Dan orang yang bakhil jauh dari Allah, jauh daripada manusia, jauh dari syurga, dekat dengan neraka.”

Selawat dan Salam keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.

Halimislam Online

About Halimislam Online -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :