Halimislam Online

Kertas kerja lawatan pelajar ke cameron highland

1.0 Muqaddimah

Lawatan Mahabbah Dan Dakwah

Dewasa kini kita menyaksikan perkembangan kemajuan pembangunan dan kepesatan teknologi manusia dianggap satu pencapaian yang mengkagumkan.

Namun disebalik keghairahan insan dalam menyelonsori kecanggihan dan kemodenan dunia hari ini terkadang manusia terabai satu aspek penting dalam kehidupan iaitu kesejahteraan rohani dan kebersihan jiwa sehingga dalam banyak keadaan manusia hilang sifat kemanusiaannya.

Jesteru itu, suatu usaha yang serius mesti dilakukan agar soal jiwa dan perasaan manusia tidak terkorban.


2.0 Objektif

2.1 Menjalinkan hubungan silaturahim antara keluarga pondok dengan masyarakat luar.
2.2 Menyampaikan dakwah, penerangan dan maklumat bersabit dengan
sistem pondok.
2.3 Mengadakan aktiviti Keagamaan bersama Majlis Agama Islam Kelantan (Jabatan Halaqat Dakwah)
2.4 Mendedahkan pelajar-pelajar kepada masyarakat luar / umum.

3.0 Lokasi Lawatan

3.1 Pondok Sungai Durian
3.2 Hulu Gua Musang
3.3 Cameron Highland

4.0 Anjuran bersama

4.1 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK)
4.2 Pondok Pasir Tumboh
4.3 Pejabat Agama Islam Daerah Cameron Highland


5.0 Tarikh

16 - 18 SYA’BAN 1428 H
Bersamaan
29 - 31 OGOS 2007
( Rabu – Jumaat )


6.0 Peserta

6.1 Pelajar 32 orang
6.2 Tenaga Pengajar 8 orang

Jumlah Peserta : 40 orang
Kenderaan : 8 Buah kereta


7.0 Ahli Jawatankuasa Program

Penasihat : Tuan Guru Hj Hashim bin Hj Abu Bakar

Pengarah : Ustaz Muhamad Fuad bin Abdul Wahab

Setiausaha : Abdul Halim b. Mohd Pauzi

Bendahari : Nasarudin b. Wanir


8.0 Ahli Jawatankuasa kecil

1) Unit Keselamatan dan Disiplin ( Suhaimi )
2) Unit Pengangkutan dan Perhubungan ( Mahadi )
3) Unit Penginapan dan Makanan ( Azhar )
4) Unit Protokol dan Urusetia ( Fayat )
5) Unit Kebersihan dan Kecerian ( Hafiz )


9.0 Kertas Kerja

1) Ilmu Asas Kecemerlangan Hidup
2) Penyucian Hati 1
3) Menghayati Kemerdekaan Dalam Islam
4) Penyucian Hati 2
5) Kemantapan Aqidah Benteng Keimanan

Halimislam Online

About Halimislam Online -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :