untuk sahabat-sahabat, manfaatkan musim cuti - :: Halimislam Online :: حليم اسلام اونلاين

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Monday, September 3, 2007

untuk sahabat-sahabat, manfaatkan musim cuti

ILMU TANPA AMAL UMPAMA POKOK YANG TIDAK BERBUAH DAN AMAL TANPA ILMU ITU ADALAH SIA-SIA

Kita yang sedang menuntut ilmu bolehlah diibaratkan seperti pokok yang sedang bertunas ( yakni tumbuh daun ) jadi jika ia tidak dijaga dengan baik nescaya ia akan mati sebelum sempat berbuah. Samalah juga diri kita dalam menuntut ilmu agama Allah yang agung ini, kita harus jaga adab dan tatatertib supaya dapat sampai ke matlamat yang hendak dituju.

Mesti beramal dengan ilmu yang kita belajar walau dimana saja kita berada. Tambahan lagi di musim cuti yang panjang ini.

Ingatlah pokok yang subur ialah pokok yang berbuah lebat tetapi sebelum ia mengeluarkan rasa manis pada buahnya, ia masam terlebih dahulu, samalah juga dengan Tok Guru dan Ustaz-ustaz kita di pondok ini, mereka sebelum merasa kemanisan bergelar Tok Guru atau Ustaz mereka mengalami pahit maung dan masam manis kehidupan mereka sebelum mereka mencapai martabat sebagai manusia yang berilmu.

Seorang tua pernah ditanya mengapa ia menanam anak pokok buah-buahan sedang ia belum tentu akan sempat merasa buah pokok yang ia tanam itu, lalu orang tua itu menjawap dia dapat merasa nikmat memakan buah pada ketika ia masih hidup adalah atas jasa orang yang terdahulu sebagai membalas jasa mereka sebab itulah dia pula menanam pokok buah demi untuk generasi seterusnya selepas dia.

Pengajarannya, walaupun kita satu hari nanti menjadi orang yang dihormati jangan anda lupa jasa orang yang telah membimbing kita tidak kira mereka tok guru, ustaz mahupun ibubapa kita sendiri.

Jumpa lagi 15 syawal nanti. Selamat bercuti dan beramal…

No comments:

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here