Halimislam Online

Sepanjang mengendalikan program halaqah ilmu '07

Allah saja yang dapat membalas jasa baik anta, Terima Kasih kerana sudi tolong ana buat kerja ini semua.

Bersahabat sampai ke syurga Syiekh.Ini program pertama kali pondok kita, jadi Banyak sangat kerja apabila nak handle program baru macam ini.Tahun depan inya Allah tak kalut macam ini lagi.

Ana dah tak tahan penat dari siang hari sampai ke subuh hari buat kerja ini syiekh, empat hari beturut-turut ana tak cukup tidur di Maktabah, tambahan pula ana jarang bangun malam. Tapi ana kagum dengan ketenangan anta buat kerja ini semua. Lewat-lewat malam macam ini pun anta masih tenang buat kerja.

Anta dah biasa bangun malam untuk ibadat. Jadi secara zahirnya anta nampak tenang sangat. Tak macam ana, berat saja bila nak bangkit setiap hari pada waktu malam. Apa pun anta jangan lupakan ana bila berdoa yer! Doakan moga Allah pilih ana juga untuk bangkit tengah-tengah malam seperti anta. Amen!

Selamat memulakan sesi pengajian yang baru buat semua pelajar-pelajar.

Halaqah ilmu ini merupakan program cuti sekolah buat kali pertama. Alhamdulillah dengan izin ALLAH taala.. Program ini berjaya!

Kelas Fardhu Ain untuk Peserta-Peserta Halaqah.

Di hari penyampaian sijil kepada peserta-peserta halaqah.

Ibu-ibu terharu melihat anak-anak mereka yang berjaya mengikuti program Halaqah Ilmu ini sampai tamat. Dalam majlis penutup itu ada juga ibu-ibu yang menangis bila melihat anak-anak mereka berubah, dari perangai kurang baik masa di sekolah terus berubah ke perangai yang baik-baik. Alhamdulillah... ibu mana yang tak suka melihat pada anak-anak yang soleh kan? :)

Bapa-bapa pun sama juga seperti penghayatan ibu-ibu tadi.

Adik ini mendapat tempat pertama pertandingan khutbah. Suaranya agak lantang dan tegas walaupun baru tingkatan 3. Pegang baik-baik hadiah tu dik.. nanti share dengan ustaz sikit boleh? hehe...


Penyampaian sijil kepada peserta-peserta. Ibu-bapa yang mana tidak menitiskan air mata bila melihat anak-anak mereka berjaya. Tambahan lagi anak-anak mereka berjaya dalam bidang agama. Bila adik-adik kembali ke sekolah semula nanti, jaga akhlak baik-baik yer! Amalkan semua ilmu akidah yang adik pelajari semasa mengikuti program minggu itu.

Belajar rajin-rajin dan hormati guru-guru dan kedua ibu-bapa adik-adik. Tahun depan ada rezeki Allah Taala kita jumpa lagi di Pondok Pasir Tumboh dalam program yang sama. Insya Allah!

Halimislam Online

About Halimislam Online -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :