Insya Allah sampai sini satu hari nanti ( Madrasah Murabit Al-Hajj – Mauritania )

Ini adalah pemandangan Madrasah Murabit Al-Hajj. Subhanallah!! Seperti yang kita lihat, ia adalah suatu tempat yang sangat indah. Semoga Allah memelihara sesiapa yang menuntut di Madrasah ini.


Perjalanan untuk sampai ke Madrasah ini mengambil masa lebih kurang 6 jam berjalan kaki, menempuhi satu kawasan pergunungan yang amat sukar untuk didaki.

Ini adalah masjid dalam kawasan Madrasah Murabit Al-Hajj. Semoga Allah memelihara sesiapa yang solat di dalamnya dan mereka yang ingin solat di dalamya.

Melakukan ibadat solat di dalam masjid ini terasa sangat menenangkan hati. Seolah-olah suasana belajar dan beribadat seperti zaman Rasulullah saw. Insya Allah...

Ini ada binaan terbesar di sebelah kiri dipanggil Mahmal. Ada diantara tholabah yang berehat dan tidur di situ untuk mengelakkan nyamuk dan ‘pelawat malam’ binatang liar. Manakala di sebelah kanan pula adalah khemah-khemah biasa yang digunakan oleh orang kampung di situ.

Antara pelajar-pelajar yang merupakan insan yang sangat ikhlas dalam menuntut ilmu Allah swt. Hafalan dengan menggunakan kayu luh.

Syekh Murabit al-Hajj yang umurnya sudah mencapai 100 tahun rasanya. Pertemuan yang menakjubkan. Syekh Murabit Al-Hajj dan bekas anak muridnya Sheikh Hamza Yusuf dan Habib Ali al Jufri.

Habib Ali al Jufri telah melawat ( US pada September, 2002 ) dan lanjutan musafir ke Mauritania bersama Sheikh Hamza Yusuf.

Sheikh Hamza Yusof mula belajar di Pondok ( Madrasah Murabit Al-Hajj ) ini pada usia 17 tahun, selama 10 tahun beliau menuntut ilmu agama di pondok selepas beliau memeluk agama Islam. 

Sekarang beliau merupakan seorang pensyarah di Zaytuna Institute, California, U.S. Beliau juga merupakan seorang ulama' Amerika yang hebat pada zaman ini yang berpegang teguh kepada tauhid Ahli Sunnah Wal Jamaah. Lihat profile beliau SINI! 

Comments

HABRUL QURAN said…
"Suatu hari nanti aku mesti belajar di sini.. Insya Allah taala ( Madrasah Murabit Al-Hajj – Mauritania )"

InsyaAllah.. Amin ya Allah..
amar said…
ameen.... semoga abg halim akn sampai di pondok tu :-)
azahar said…
ana nk ikut nta mengaji sini gak blh x lim? :D
ahazar said…
mmg blh jd alim & hebat bl bljr sini.............
hurun ain said…
Assalamu'alaikmwbt..

ana kagum dgn anta.

moga2 Cinta pd Allah n Rasul mlebihi kcintaan kita pd ibu2, bapak2 n manusia seluruhnya.. takbir!! ;)
jantan said…
allahuakbar!!!!!!!! ameenn!!!!! hehehehehe
Dian Indrianty @ AHK / EKONID said…
Assalamu’alaykum,

Bapak Halim, saya ingin berterimakasih atas content blog yang sangat bermanfaat. Saya dan teman-teman sedang mengikuti kajian tadabbur Al-Qur’an. Di kelas Ustadz kami memutar MP3 bacaan Al-Qur’an oleh Syeikh Sa’ad Al-Ghamidi dan menyarankan kami untuk mengikuti lafalnya. Lalu tadi saya mencari di Google dan keluarlah link ke blog Bapak. Alhamdulillah.

Sekali lagi terimakasih.

Jazakallah.

Salam dari Jakarta,

Dian Indrianty
farah said…
a'kum..... bapak halim, semoga dimakbulkan.... he3
Cipou Kecik said…
assalamualaikum. bagaimana nk pergi ke sana. sy nk belajar di mauritania. tapi bagaimana. ad info info x. nnti bleh emailkan ke myruel92@gmail.com. terima kasih