Pertemuan di bulan ramadhan di Masjid An-Nabawi, Madinah Al Munawwarah - :: Halimislam Online :: حليم اسلام اونلاين

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Friday, July 31, 2009

Pertemuan di bulan ramadhan di Masjid An-Nabawi, Madinah Al Munawwarah


Syeikh Al Haj Abdallah merupakan (leader of the village of Matamulana) pengasas perkampungan matamaulana, Mauritania. Kini beliau mewarisi dan mewakili semangat perjuangan ayahnya dalam perkembangkan islam. Beliau diperakukan oleh setiausaha agung sarjana islam Mauritania iaitu Syeikh Hamdan ould TAH sebagai pendidik dan ketua untuk kemajuan tempatan dan kerjasama antarabangsa.

Beliau juga merupakan pakar pemikiran islam, pengasas projek pendidikan dengan berperanan utama dalam kesatuan Madrasah islam dan pemerintahan sufi.

Beliau telah menyebarkan sebuah komuniti yang bertoleransi ke seluruh pelusuk dunia. Sosial yang harmoni dan komentar sarjana hamdan. Beliau juga bersifat rendah hati untuk diikuti. Ana berkenalan dengan beliau pada bulan ramadhan tahun 2008 di Masjid An-Nabawi, Madinah Al- Munawwarah.

Beliau menegur dan memberi salam pada ana ketika ana sedang berwudhu’. Akhirnya ta’ruf kami berlanjutkan hingga ke dalam masjid. Ta’ruf punya ta’ruf rupa-rupanya beliau merupakan sahabat baik Syeikh Hamza Yusof iaitu anak murid kepada Syeikh Murabit Al Haj. Lalu diringkaskan cerita,ana menyatakan hasrat di Mauritania adalah rancangan utama sebelum datang belajar Makkah.

Kemudian beliau memberi nombor telefon dan alamat penuh Madrasah. Beliau sangat suka dan mengalu-alukan kedatangan ana belajar ke Madrasahnya, Setelah hampir setahun kami terputus hubungan. Pada bulan Jamadil Awwal lepas, kali pertama beliau menghubungi ana dari Mauritania bertanyakan kabar berita ana di Makkah dan bila ana akan berangkat ke tempat beliau. Insya allah selepas haji tahun 2010 atau awal tahun 2011 dari tanah suci Makkah ana terus berangkat ke Mauritania.

Sungguh hebat peracangan Allah swt. mengaturkan pertemuan ini, pertemuan seorang hamba yang sangat dhaif dan banyak dosa ini dengan seorang syeikh yang sangat ‘alim dan mempunyai sifat tawadu’ yang tinggi.

Madrasah yang mengikuti kepada mazhab Maliki. Juga mewajibkan kepada pelaja-pelajar dengan ber perantaraan komunikasi dalam tiga bahasa utama, iaitu Arab, English dan Prancis. Sila ke Laman Madrasah beliau di Mauritania http://www.matamoulana.net/ .

11 comments:

Unknown said...

Semoga tercapai hasrat dan cita-cita saudara. Sudah lama saya membaca keinginan saudara ke sana dalam blog ini akhirnya ditemukan jua.

Halimislam Online said...

Jazakallah.. Tolong doakan semoga Allah swt. permudahkan segala langkah ana disana. Moga pengorbanan dalam menimba ilmu ini diberkati dan diredhai oleh Allah swt. Semoga masa 2 tahun setengah di Makkah sekarang ini, cukup sebagai persediaan untuk menimba ilmuNya disana nanti Insya Allah..

Anonymous said...

Saya mendoakan semoga awak semua berjaya dalam setiap bidang yang anda ceburi dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah s.a.w.

imran said...

Assalamualaikum...

Salam sahabat, Teruskan perjuangan ke jalan fisabilillah.. Semoga Allah swt akan terus memberikan kekuatan buat anta. Ana cuma nak minta tolong anta berdoa di depan kaabah supaya ana sentiasa mendapat rahmat Allah serta dimurahkan rezeki. Semoga suatu hari nanti, ana pun akan sampai ke Makkah. Insya Allah..

Ikhlas,

Imran Machang, Kelantan.

Halimislam Online said...

Jazakallah..imran... kopi radix anta kirim dah sampai.. Syukran kasiran... Tolong doakan ana juga.

Anonymous said...

Salam ukhuwah, teruskan perjuangan..moga kepulangan menjadi ulamak besar.

maryam.

zackzulkafli said...

salam ukhwah..
semoga enta diberikn kekuatan dlm menruskn prjuangan..
ana ad sdkt persoalan yg hndk diutarakan, ada sahabt ana yg bertnya pasal ne..jdi eloklah kirenya ana merujuk kpd org yg lbh arif psl agama..
soalannya,Ade tak bukti dari shari'ah dimana RasullAllah (sallallahu 'alaihi wa sallaam) pernah angkat tangan untuk berdoa selepas solat?
hrp enta dpt mnjwbnya..
kalo hurainnya pjg..enta blh emailkan ke email ana
zack_zulkafli@yahoo.com

Halimislam Online said...

Salam ukhuwah, ok.. Imam Bukhari telah wujudkan 1 bab khusus berkenaan mengangkat kedua-dua belah tangan ketika berdoa. Kemudian beliau telah menyebut tiga hadis menyokong pendapatnya bahawa berdoa mengangkat kedua-dua belah tangan memang suatu amalan yang disyariatkan. Antara ketiga-tiga hadis itu ialah:

1. Hadis pertama ini adalah daripada Abu Musa al 'Asy'ari ra. katanya yang bermaksud : "Berkata Abu Musa al 'Asy'ari : "Nabi saw. telah berdoa sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya. Di saat itu aku terlihat warna putih kulit di bawah kedua-dua ketiaknya."

2. Hadis kedua pula daripada Abdullah Ibnu Umar ra., katanya yang bermaksud : "Rasulullah saw. telah mengangkat kedua-dua tangannya sambil berdoa: "Wahai Tuhanku! Aku berlindung denganMu daripada segala kejahatan Khalid".

3. Hadith ketiga daripada Abu Abdillah, katanya yang bemaksud:

"Kata Uwaisi: "Muhammad bin Ja'afar telah memberitakan kepadaku daripada Yahya bin Sa'id dan Syarik, bahawa kedua-duanya telah mendengar daripada Anas, daripada Nabi saw., bahawa Baginda saw. telah mengangkat kedua-dua tangannya (ketika berdoa) sehingga aku nampak kulit berwarna putih di bawah kedua-dua ketiak Rasulullah saw.

(sumber : Fathul Bari li Ibni Hajar jilid 18/ m.s 113) Harap tak keliru.

'adi said...

Assalamualaikum.. halim, sedap lagu khod balak alaya tu... mcm mana nak d/w? slmt berpuasa.. mcm mana trawih kat mekah? mesti best giler kan?

Anonymous said...

bgga dpt mmbe mcm anta.. nak dpt ilmu berkat kena tggal smua hal dunia. kalau ade rezeki ana pun nak blaja sini gak...

jamal said...

assalam mu'alaikum,ustadaz saya dari indonesia sangat berkeinginan belajar ke mauritania<kira kira caranya seperti apa?dan biayanya gimana ustadz?

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here