Salam perantau dari tanah suci - :: Halimislam Online :: حليم اسلام اونلاين

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Monday, September 14, 2009

Salam perantau dari tanah suci

Bersama sahabat seperjuangan ( Ustaz Hassan ). Pemandangan di Bukit Kelantan, Bersebelahan Masjidil Kelantani, Ajyad, Makkah Al-Mukarramah.

Alhamdulillah, Tahun ini merupakan tahun kedua kami beraya di tanah suci. Dikesempatan ini kami ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat keluarga tersayang yang berada di Sg. Buloh Selangor dan yang berada Tanah Merah, Kelantan. Tidak lupa juga kepada semua guru-guru dan pelajar-pelajar Pondok Pasir Tumboh.

Tok Guru dan ustaz-ustaz yang kami kasihi ( Tok Ayah Sin, Ust. Din langgar, Ust. Fuad, Ust. Syairazi, Abg Aji dan seluruh tenaga pengajar pondok Pasir Tumboh). Rakan taulan yang masih berjuang di Madrasah ( Hafiz Klang, Aziz, Hazril, Nizam, Izwan, Mustafa, Saiful dan lain-lainnya).

Doakan kejayaan kami di sini, semoga Ramadhan dan Aidilfitri tahun ini membawa seribu rahmat kepada kita semua. Salam sayang buat semua daripada Ajyad Makkah Al Mukarramah.

p/s: Salam sayang buat sahabat yang sangat ana rindui, Muhammad Radhi Al-Hafiz dan Hazril yang berada di Hulu Langat, dan di Sg. Buloh, Selangor. Jazakallahukairan kasirra... kerana sentiasa menasihati dan memberi semangat pada ana, semenjak berada di pondok hinggalah sekarang.

Doa ringkas dari tanah suci.

Wahai tuhan, tatkala bahan mahsyarmu menjilat tubuh, izikan kami sama-sama berteduh. Wahai Tuhan, tatkala mizanmu teliti mengira, beratkan neracanya atas setiap jasa, naungi kami di sana, berkat kasih keranaMu semata, Wahai Tuhan, andai kulayak ke syurga, kupinta sahabat kesayanganku ini bersama. Amin!

5 comments:

Nik Faiz said...

Assalamu'alaikum, ana ingin bertanya, enta blajar kt Mekah tu kt universiti ape erk?

Jika ana berminat utk bljr di Mekah, apakah syarat dan cara2/prosedurnya utk bljr di Mekah?


~nik faiz, mml form5, serambi Mekah~

Anonymous said...

Salam, dia bljr kt mekah bkn di u, tp di pondok ajiyad. sistem mcm kt pondok p.tumboh jugok. cuma pondok mekah bljr kitab tinggi2 lah. syarat nak ngaji mekah kena ambik asas di pasir tumboh dulu 4 ke 5 thn, pastu minta surat akuan bljr pondok dari tok ayah sin(tok guru pasir tumboh), pastu baru blh gi bljr luar, mcm mekah,syria,mesir,jordan,afrika,parkistan,yaman dll. dptkan surat pengesah akuan pelajar dgn tok ayah sin dulu, pastu baru apply minta ngaji luar. kena lps asas di pondok p.tumboh dululah.

kero........

nik nazmi said...

salam perjuangan, semoga pulang dapat sebarkan dakwah Islam kepada semua lapisan masyarakat.

mohd sayuti said...

salam alaik...truskan prjuangan mnegakkan kalimah Allah swt. tlg doakan saye dpt bljr di pondok p.tumbuh jugak thn depan.

uiniseyackley said...

The first deposit bonus at the Hard Rock Casino
The Hard 광주 출장안마 Rock Casino at Hard 서귀포 출장마사지 Rock Casino The Hard Rock Casino Hollywood in Inglewood, Calif. and a 진주 출장마사지 $10 no-deposit 삼척 출장샵 bonus for 전라북도 출장마사지 new players.

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here