ALHAMDULILLAH! PROGRAM LAWATAN MAHABBAH DAN DAKWAH TELAH PUN BERJAYA - :: Halimislam Online :: حليم اسلام اونلاين

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Tuesday, September 4, 2007

ALHAMDULILLAH! PROGRAM LAWATAN MAHABBAH DAN DAKWAH TELAH PUN BERJAYA












Dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah taala kerana dengan limpah kurnia-Nya, akhirnya kita berjaya melaksanakan satu tugas dakwah yang merupakan satu kebanggaan pondok kita. Buat pertama kalinya pondok kita ini melakar satu sejarah yang membanggakan. Ini merupakan lawatan Mahabbah dan Dakwah yang pertama kali.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tok Guru, Ustaz-ustaz dan pelajar-pelajar yang terlibat dalam menyertai program Lawatan Mahabbah dan Dakwah ini.Tahniah diucapkan kerana berjaya mengabdikan segala nostalgia bersama yang insya Allah akan menjadi wadah dalam mengharungi kehidupan yang lebih dredhai Allah.

Sedarlah sahabat-sahabat, Lawatan Mahabbah dan Dakwah ini bukanlah semata-mata program biasa, tetapi ia merupakan satu tugas dan ujian bagi menentukan sama ada kita telah mencapai tahap yang diharapkan.

Oleh itu, segala pengisian dan penghayatan nilai-nilai yang kita perolehi di sepanjang program ini adalah dari kehidupan yang penuh bermakna, seharusnya kita jadikan landasan kehidupan luar adalah untuk menyemai kasih sayang dengan masyarakat luar dengan lebih mencabar.

Justeru itu, kita mempersiapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan yang berguna beserta akhlak pewaris ulama’ yang utuh dan mulia. Ingatlah sahabat sekalian, kita merupakan generasi yang dipilih oleh Allah selepas Rasulullah saw. seterusnya Sahabat-Sahabat r.a dan ulama’-ulamak yang dibebankan mempertanggungjawabkan untuk memastikan dakwah Islam ini berkekalan sepanjang zaman.

Jadi janganlah kita mempersiakan kelebihan ini dan semoga kita direstui-Nya. Dalam menghadapi realiti kehidupan seorang penutut ilmu agama Allah yang agung ini, kita harus ingat tanggungjawab utama kita. Tanggungjawab terhadap Allah swt.,terhadap diri dengan ilmu kita dan tanggungjawab penyebar dakwah terhadap masyarakat sekeliling.

Ana menyeru sahabat-sahabat semua dan pada diri ana sendiri agar melengkapkan diri dengan ilmu keagamaan seiring dengan mencari kecemerlangan duniawi, dan menjadikannya sebagai keutamaan yang wahid supaya tanggungjawab utama tersebut tidak terabai. Berilmu, beramal dan bertaqwa insya Allah!

Apa pun program lawatan Mahabbah dan Dakwah yang telah kita jayakan ini, insya Allah akan dapat melahirkan pelajar pondok yang kamil, sahsiah, cemerlang ilmunya, jitu semangat patriotisma yang sebenar yang dituntut syarak, dan kental daya kepimpinan menepati ciri-ciri luar biasa demi umat sejagat. Insya Allah..

Akhir sekeli sebelum ana mengundur diri, dalam kesempatan ini ana memohon jutaan kemaafan sekiranya banyak terdapat cacat cela serta kesilapan yang telah ana lakukan, lebih-lebih lagi sepanjang menjalankan tugas dalam lawatan ini.

Tidak terhingga banyaknya dipanjatkan kesyukuran kepada Allah swt. kerana dengan izin dari-Nya lawatan ini berjaya, dan jutaan terima kasih kepada Tok Guru, semua ustaz-ustaz dan pelajar-pelajar yang sudi mengikuti program lawatan ini. Jutaan Tahniah! Tahniah!!

Jumpa lagi lepas cuti nanti ( 15 syawal 1428 Hijrah ) insya Allah!

P/s : Sepanjang cuti dua bulan ini, ana akan mengikuti jemaah dakwah bersama ustaz Mustafa selama 40 hari di Utara Malaysia. Doakan ana istiqamah dan selamat dalam menjalankan tugas dakwah ini dan semoga Allah mengekalkan hidayat pada ana dan umat serata alam. AMIN!!! Doakan ana….

Bersama berdakwah dengan mengikuti jalan Rasulullah saw. akan mendapat kemanisan dalam beribadat dan dalam menuntut ilmu agama Allah insya Allah.

Semua gambar-gambar Lawatan Mahabbah dan Dakwah’ 07 akan ana uruskan selapas Raya Aidilfitri nanti insya Allah. Ana minta maaf, masa terlalu padat. Beransur dulu.. Assalamualaikum!

No comments:

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here