Post Top Ad
Sunday, August 7, 2011

Home
Unlabelled
Teman Seperjuangan Menuntut Ilmu di Mauritania
Teman Seperjuangan Menuntut Ilmu di Mauritania
Salah seorang sahabat seperjuangan ketika menuntut ilmu di Mauritania. Namanya Bilal yang berasal daripada Granada, Spain.
Pertama kali saya mengenali beliau ketika majlis maulud di rumah Syekh El Haj Abdallah Ould Mishry. Umurnya masih muda, baru berusia dalam 21 tahun.
Di takdirkan Allah swt, kami dapat tinggal bersama satu rumah, sangat rajin memasak dan hafal quran.
Selepas habis kuliah pukul 11:30 mlm selepas waktu isyak, dia terus menyambung hafalannya sehingga jam 1 pagi, dan menyambung kembali pada pukul 4 pagi sehingga waktu subuh pada pukul 6 pagi. Istiqamah dan terlalu mujahadah.
Inilah kelebihan yang Allah swt berikan pada hamba-hamba yang terpilih. Pada ketika ini saya sangat malu dengan beliau, kerana sungguh saya tidak mampu untuk mengikut apa yang dia amalkan setiap hari.
Usai talaqqi dengan syekh selepas waktu isyak, mata saya dah mula mengantuk dan badan saya juga mula lemah. Mungkin salah satu faktor cuaca yang agak panas, membuatkan badan orang asia seperti saya ini tidak mampu untuk tidur lewat malam dan bangkit 2 jam awal sebelum azan subuh untuk melakukan ibadat dan telaah kitab.
Semoga Allah swt berikanku kekuatan. Amin Ya rob..
Share This

About Halimislam Online
Templatesyard is a blogger resources site is a provider of high quality blogger template with premium looking layout and robust design. The main mission of templatesyard is to provide the best quality blogger templates which are professionally designed and perfectlly seo optimized to deliver best result for your blog.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Bagus dpt teman begini
Post a Comment