Suasana Menuntu di Mauritania - :: Halimislam Online :: حليم اسلام اونلاين

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Thursday, August 4, 2011

Suasana Menuntu di Mauritania


Disini pelajar-pelajar bermula daripada kanak-kanak hinggalah ke peringkat tua macam saya ni diwajibkan menggunakan papan luth untuk menghafal. 

Pada mulanya saya agak kekok dan tak biasa juga, sebab ketika mengaji di Pondok Pasir Tumboh hingga ke Makkah saya menghafal dan telaah dengan menggunakan kitab yang dicetak dengan kertas. Bila sampai sini, lain pula caranya... Allahu... Insya Allah ku gagahi juga haha.. 



Kuliyah Syekh Abdullah Ould Mecry


Salah seorang sahabat saya dari Spain. Omar namanya. Alhamdulillah dah 5 tahun di Mauritania. 30 juz Quran di dada dan alim Fikih dalam Mazhab Maliki.

Tidur pukul 12 malam, pukul dua setengah pagi dah bangun baca quran dan telaah kitab sampai waktu subuh. Sungguh saya tak mampu nak ikut cara pengajian dia. Badan lemah banyak syaitan duk tindih waktu tidur... haha..

Yang saya mampu setengah jam sebelum azan subuh saya bangun mandi-mandi gosok gigi, siap pakai jubah ngam-ngam dengan waktu azan subuh, terus ke masjid untuk solat subuh dan balik makan dulu sebelum talaqqi dengan syekh. Aduh! buat malu kaum melayu je kan.. hihi



Ni gambar selepas balik talaqqi dengan syekh. Suasana padang pasir memang berhabuk macam ni, tapi pelajar-pelajar sini memang dah biasa tak tutup hidung dengan muka.

Tapi terus terang saya cakap, memang saya tak boleh tahan dengan habuk, alahan resdung kuat sangat. Balik rumah selepas habis menadah kitab je terus pong pang pong pang bersin... memang orang asia terutamanya melayu macam saya ni mempunyai antibodi yang lemah... haha..

Apa pun semoga Allah swt berikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk saya terus menuntut ilmu bersama ulamak-ulamak besar mazhab maliki di sini. Amin.!

9 comments:

zizo said...

sekali pandang ingat anak2 tu pegang batu nesan. rupa2nya....
sedih bila teringat anak2 di negara kita, mak bapak beli buku tp tak dihargai. ada yg tulis cuma 2-3 helai tp dah dibunag, sbb nak yg baru bila masuk tahun baru.

ghee... said...

Allah hu rabbi...trima kasih halim..saya akn cuba membantu org2 sane, insyaAllah

Kurmamurah said...

assalamualaikum..
ustadz saya tholib dari indonesia ingin belajar di mauritania..
bagaimana cara belajar ke mauritania dari indonesia..
jazakallah..

Anonymous said...

Macam mana nak belajar di mauritania. Emailkan kpd saya di fathulmuin@gmail.com

Unknown said...

Assalamualaikum. Macam mana nak belajar di mauritania? Saudara ada info utk ke sn? InsyaAllah saya bercadang utk ke sana sekeluarga. Blh emailkan pd saya norhazilah2003@gmail.com

Unknown said...

Assalamualaikum. Macam mana nak belajar di mauritania? Saudara ada info utk ke sn? InsyaAllah saya bercadang utk ke sana sekeluarga. Blh emailkan pd saya norhazilah2003@gmail.com

Unknown said...

macamna nk p beljar ke sana. tolong bg info skit. terima kasih. myruel92@gmail.com

Unknown said...

Assalaamu'alaikum
Bolih x bagi info pada saya macam mane cara nk pergi belajar kt sana.. Tolong ye bagi sesiapa yg tahu cara

Mohd Nazri bin Mohd nor said...

Saya nak hantar anak lepasan SPM aliran Tahfiz Macan mana, boleh bagi no tel? Ini no email saya mnazri66@gmail.com

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here