Halimislam Online

Menjawab persoalan berkenaan dengan solat hajat dan beramal dengan hadis dhaif

Email yang ana terima :

Assalamualikum...

Alhamdulillah, telah sempurna majlis yang diadakan di Masjid West End. Selepas tazkirah, memang agak terkejut apabila dikatakan Solat hajat ni nabi tak buat. Maklumlah, saya ni mana ada ilmu agama banyak sangat, namun ni la pertama kali saya dengar solat hajat nabi tak buat. Bagus penceramah kita uztadz haji Rosli menerangkan tentang perkara ini dengan hujah nya nabi tidak pernah buat.

Namun disini, saya ingin bertanyakan mengapakah tidak dirujuk kepada 4 mazhab besar dalam ahli sunnah waljamaah. Memang benar kita berpegang pada sunnah dan Al-Quran, namun tak layak kah untuk 4 mazhab besar ini dijadikan rujukan. Oleh itu, saya ingin bertanya, apa pandangan 4 mazhab ini berkenaan dengan sembahyang hajat terutama mazhab syafie kerana saya mengamalkan tarikat imam syafie RAH. Sekiranya keempat2 mazhab ini mengatakan tidak ada sembahyang hajat, maka saya rasa benarlah tidak ada sembahyang hajat. Namun sekiranya ada salah satu mazhab bersetuju mengenai sembahyang hajat, tidak salah la kita untuk mengamalkannya.

Saya beratanyakan ini kerana, sepanjang pengetahuan saya, sembahyang hajat ni takpe kot cuma buat sendirian je. Takde jemaah. Rasa2nya kot. So, ada sesiapa boleh beritahu pendapat keempat2 mazhab berkenaan sembahyang hajat?

Terima kasih

Ismail Ahmedy


Penjelasannya:

Disini akan diterangkan dengan beberapa rujukan kepada kitab-kitab yang ada di pondok kami. Salah satunya dalam kitab Hasyiah Madani karangan Syeikh Muhammad b. Sulaiman Kurdi al-Madani Jilid 1 muka surat 221 yang menegaskan:

Sungguhpun begitu, terdapat hadis sahih mengenai solat hajat. Hadis ini yang dikeluarkan oleh Tabarani,Baihaqi dan lainnya ( Hakim, Nasaie dan lain-lain ). Daripada Usman bin Hunaif bahawanya seorang seorang lelaki berulang alik pergi kepada Syaidina Usman Affan untuk ditunaikan sesuatu hajatnya.

Akan tetapi Syaidina Usman tidak mengendahkannya. Ibnu Hunaif memberi pengesyornan kepada lelaki tersebut dengan katanya: “pergilah ketempat mengambil wudhuk dan tujulah ke masjid serta sembahyanglah dua rakaat ( solat hajat ) serta berdoa” : Ya Allah! “Aku pinta dan aku menghadap kepada Engkau dengan berkat nabi kami Muhammad s.a.w, Nabi berkat semesta alam. Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku menghadap kepada Tuhanku dengan keberkatan engkau supaya Dia Tuhanku tunaikan hajatku” serta engkau sebutkan hajat engkau.

Kemudian lelaki itu melakukan apa yang disuruh oleh ibnu Hunaif. Lalu ditunaikan hajatnya oleh Syaidina Usman dengan serta merta. Lelaki tersebut berjumpa dengan Ibnu Hunaif kembali dan mengucapkan terima kasih dengan katanya “Jazakallahu khairan.” Tidaklah Syaidina Usman tunaikan hajatku sehinggakan selepas engkau katakan segala itu kepadaku, lalu Ibu Hunaif menegaskan: “Demi Allah! Tidaklah aku katakan kesemua itu daripada pihak diriku sendiri, akan tetapi aku telah menyaksikan Rasulullah s.a.w didatangi seorang buta yang telah mengadu tentang hilang daya penglihatannya. Baginda bersabda: “adakah boleh engkau bersabar dengan apa yang kamu alami? Beliau menjawab: “ Ya Rasulullah! Tidak ada bagiku orang yang boleh pimpin dan menunjuk arah untukku. Ini adalah kesusahan bagiku. Lalu baginda bersabda “pergilah ketempat wudhuk serta berwudhuklah kemudian sembahyang dua rakaat ( solat hajat ).

Ini adalah terjemahan daripada kitab Hasyiah Madani karangan Syeikh Muhammad b. Sulaiman Kurdi al-Madani Jilid 1 muka surat 221.


Berkenaan Solat Hajat di sisi Mazhab 4,tersebut di dalam kitab fekah empat mazhab karangan Abdul Rahman al-Jaziri dalam kitabullsolah bahawa solat hajat disunatkan dengan disepakati oleh keempat-empat mazhab. Beliau menegaskan, “disunatkan bagi mereka mempunyai hajat yang disyarakkan bahawasanya dia sembahyang dua rakaat. Sebagaimana datang hadis melalui sabda Nabi s.a.w,”sesiapa yang ada baginya sesuatu hajat kepada Allah atau terhadap seseorang anak Adam maka hendaklah ia berwuduk serta mengelokkannya kemudian hendaklah ia solat dua rakaat serta memuji Allah Taala dan selawat kepada Nabi s.a.w lalu berdoa….”

Ini pula merupakan terjemahan daripada kitab empat mazhab yang dikatakan hadis dhaif.


Walaupun hadis ini merupakan sanad yang dhaif tetapi hadis daif boleh diamalkan pada kelebihan amalan, kelebihan seseorang atau kelebihan sesuatu, menggemarkan sesuatu perkara dan menakuti dan menjahui sesuatu perkara. Ia boleh digunakankan selagi hadis itu tidak maudu’. Hadis maudu’ ialah hadis yang direka-reka. Begitu juga dengan hadis yang bersangatan dhaif, maka kedua-dunya tidak boleh digunakan pada tiga perkara tadi.

Di dalam kitab Arba’ien (hadis 40) pula, Imam Nawawi berkata: “Para Ulama” telah bersepakat mengenai harus beramal dengan hadis dhaif pada kelebihan-kelebihan amalan”. Ijmak para Ulamak’ yang telah dinukilkan oleh Imam Nawawi ini merupakan bantahan terhadap mereka yang mengingkari keharusan beramal dengan hadis dhaif pada perkara tersebut. Inilah seperti yang diterangkan oleh Ibnu Hajar al-Haitami di dalam syarah kitab Arba’ien.

Mengenai solat hajat secara berjemaah adalah diharuskan,bahkan apa-apa jua solat sunat yang tidak disunatkan berjemaah diharuskan melakukan secara berjemaah. Ini adalah sebagaimana tersebut dalam kitab sahih Muslim pada bab ‘harus berjemaah pada solat sunat’. Nabi solat sunat secara bejmaah bersama Anas,emak dan emak saudaranya. lihat kitab Sahih Muslim…….
Wallahua'lamm....

Halimislam Online

About Halimislam Online -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :

5 comments

Write comments
salmanfasiri
AUTHOR
December 28, 2007 at 1:21 PM delete

Assalamualaikum...alhamdulillah..enta bagus dlm beri hujah tentang solat hajat..tapi enta terlupa..yang dalil semua itu tentang solat hajat hanya dilakukan secara individu..makruh berjemaah..cuba baca dalam kitab iqna'

Reply
avatar
December 28, 2007 at 4:55 PM delete

Baca betul-betul dalam kitab iqna' jangan sampai tersalah baris. Mengenai solat hajat secara berjemaah adalah diharuskan,bahkan apa-apa jua solat sunat yang tak disunatkan berjemaah diharuskan melakukn secara berjemaah.Ini adalah sebagaimana tersebut dalam kitab sahih Muslim pada bab ‘harus berjemaah pada solat sunat’. Nabi solat sunat secara bejemaah bersama Anas,emak dan emak saudaranya.lihat kitab Sahih Muslim…….

Reply
avatar
December 28, 2007 at 10:07 PM delete

sila nyatakan dalam kitab iqna' muka surat berapa..

Reply
avatar
nik
AUTHOR
December 29, 2007 at 7:32 AM delete

cuba nyatakan dalam kitab iqna' bab apa,muka surat & jilid ke berapa.
apa yg saya nukilkan dlm kitab hasyiah bujairimi syarah minhaj, bab solat sunat, jilid 1, m/s 274, yg bermaksud: jika dilakukan secara berjemaah solat sunat yg tidak disunatkan berjemaah nescaya tiada makruh, akan tetapi tiada pahala jemaah pdnya.pada ketika itu dikatakan:bg kami mazhab syafie terdpt solat berjemaah tapi tidk ada pahala pdnya.ini adlh pendpt sheikh Halabi (tidk kuat dri segi tidak mndpt phala).sheikh Ibnu Qasim berpendpt hasil phala berjemaah,Sheikh Ali Syibramalisi menukilkan drpd Ibnu Qasim seterusnya drpd Ibnu Hajar Haitami bhwasanya mendpt phala pdnya & jika sekalipun yg aula (yg afdal )tidk melakukannya.(ini adlh pendpt yg kuat dlm mazhab syafie ttg mendpt phala bila dilakukan secara berjemaah solat sunat yg x disunatkan berjemaah)
keterangan:tidakkah jelas bhawa x makruh ??cuba nyatakan secara detail rujukan kitab iqna' itu.perlu diingati ! jika berbeza pendpt di antara ulama2 mutaakhirin mazhab syafie maka pendpt yg dipegangi adalah pndpt Ibnu Hajar Haitami atau Sheikh Ramli.wallahua'alam..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
August 1, 2008 at 11:24 PM delete

asslamualaikum.....
saya kurang faham mengenai hukum solat hajat....
saya merupakan seorang pelajar tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan upsr pada tahun ini.....jadi sekolah saya mengadakan solat hajat setiap jumaat...
seorang rakan sekelas saya, tidak menunaikan solat hajat tersebut.
dia berkata bahawa solat hajat & doa qunut terkandung dalam hadis dhaif..dia juga berkata bahwa hadis dhaif adalah hadis yang tidak boleh dipercayai...
apakah hukumnya?
terima kasih.

Reply
avatar