Selamat kembali ke pondok - :: Halimislam Online :: حليم اسلام اونلاين

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Saturday, April 12, 2008

Selamat kembali ke pondok

Belajar itu adalah Hasanat dan mencari atau menuntut ilmu Agama itu adalah ibadat. Mengingatinya sama dengan Tasbih dan menyelidiknya sama dengan jihad dan bila kita sudah sampai satu tahap boleh mendidik dan mengajarnya kepada orang yang tidak mengetahuinya, ia merupakan sedekah.

Memberikannya kepada yang berhak itu, ia dipanggil Taqarubilallah, sebab ilmu Agama itu merupakan jalan untuk mecapai tingkat-tingkat ke syurga Allah Ta’ala.

Kita sentiasa saja berdoa untuk menjadi seorang hamba yang kuat, tapi kenapa masih banyak dugaan menimpa diri kita? Kadang-kadang kita minta nak jadi cerdik tapi masalah pula yang timbul. Kadang-kadang kita minta kebahagiaan tapi huru hara pula jadinya.

Yang sebenarnya dugaan itu menjadikan mental kita kuat, masalah pula menjadikan kita banyak berfikir, dan huru hara itu akan menjadikan kita lebih tabah untuk hadapi segala ujian Allah.

Hebatnya Allah kan? Semuanya ada hikmah, cuba kita renung akan hadis ini: “Telah berkata Jibril, Wahai Tuhan, Engkau sampaikanlah hajat hambaMu, maka Allah menjawab; biarkan hambaKu itu, kerana aku mencintai suaranya”.

Tidak akan rasa kasih sayang Allah pada hamba tanpa ujian dan tidak akan rasa kehambaan tanpa munajat kepadaNya, tidak akan rasa keinsafan tanpa muhasabah. Banyak mana ujian yang Allah berikan pada kita semasa menuntu ilmu di Pondok. Sebanyak itulah kasih sayang Allah pada kita.

Biarlah kita menangis teresak-esak merana mencari keredhaan Allah Ta’ala, biarlah kita belekuk dedahi sehinggakan pecah tumit kaki berjalan ke sana kemari membawa kitab untuk mempelajari. Namun tetaplah mencari niat di hati yang sebenarnya. Jalan yang bengkok pasti ada lurusnya, walau apa pun yang mendatang, teruskanlah perjuangan suci yang masih panjang ini.

Jangan pedulikan kata-kata orang yang melebelkan kita sebagai pelajar pondok yang jumud dan tak ada masa depan. Apa pun bukan mereka yang menentukan masa depan kita. Kita sendirilah yang berhak untuk menentukan masa depan kita, yang lebih bermakna disisi Allah Ta'ala.

Jaga iman, jaga diri dan jaga peribadi… Semoga perjuangan ini dapat mempertahankan sistem pendidikan baginda Rasulullah saw. Pendidikan yang bertentangan dengan pendidikan sekular. Dan yang penting sekali ia dapat mempertahankan agama islam yang kita amat cintai ini. Jumpa lagi di cuti pondok yang akan datang. Insya Allah!

2 comments:

Anonymous said...

i like your attitude :-)

Anonymous said...

teruskan perjuanganmu halim, akak cintakan semangat jihad yg ada dlm diri halim ni. :)

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here