Ini kertas kerja rancangan pembinaan Madrasah Khairu Ummah
(Suatu Agenda Pertubuhan Khairu Ummah)
Mukadimah
Telah menjadi ketetapan sunnatullah bahawa pembentukan umat setiap zaman terletak dibahu para anbiya’, sebagaimana yang dijelaskan oleh FirmanNya yang bermaksud: ”Tidaklah kami mengazabkan suatu umat manusia sehinggalah kami utuskan Rasul”(Al-isra’:15).
Tugas para anbiya’ adalah mengarahkan masyarakat supaya berpegang dengan syariat yang ditetapkan oleh Alllah SWT. Justeru itu, sifat-sifat seorang nabi sebagai pendakwah merangkumi ilmu yang mantap dan keperibadiaan luhur untuk dicontohi serta menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Selepas tamat pangkat kenabian, tanggungjawab mendidik umat manusia diserahkan kepada para ulama’. Ini sejajar dengan hadis Nabi SAW, Maksudnya: “Sesungguhnya para ulama’ adalah pewaris para anbiya’. Mereka itu mewarisi keilmuan….”(Riwayat Bukhari, Turmizi dan lain-lain)
Untuk membentuk ciri-ciri ulama’ sebagai pewaris nabi yang sebenar adalah tertakluk di bawah suatu pendidikan dan pentarbiahan yang mantap. Pembentukan ini bermula dalam satu kelompok di bawah satu sistem yang tersusun. Hal demikian dapat direalisasikan dengan pembinaan sebuah madrasah. Usaha ini merupakan warisan halaqah pengajian Rasulullah SAW bersama Ahli Suffah dan seterusnya berterusan di setiap zaman bersesuaian dengan keadaan semasa.
Objektif Penubuhan Madrasah
Melahirkan ulama’ yang memenuhi ciri-ciri berikut:
- Ilmu yang mantap seterusnya dapat menyelesaikan permasalahan umat
- Beramal dengan ilmu
- Mempunyai keperibadian tinggi lantas menjadi contoh teladan
- Berdakwah membimbing masyarakat
Perancangan
Terbahagi kepada tiga fasa:
- Fasa Pertama:Pembelian Tapak Tanah
- Fasa Kedua:Pembinaan Bangunan
- Fasa Ketiga:Mengumpul Dana
Fasa Pertama:Pembelian Tapak Tanah
- Memungut derma umum daripada orang-ramai, sumbangan perseorangan, syarikat-syarikat dan institusi-institusi
- Keluasan tanah sekurang-kurangnya 15 ekar
- Tapak tanah madrasah diwakafkan 100% di bawah naungan Pertubuhan Umat Cemerlang Kelantan yang dimasyhurkan dengan nama ‘KHAIRU UMMAH’
Fasa Kedua:Pembinaaan Bangunan
Keluasan tanah madrasah mencakupi:
- Asrama lelaki
- Pondok @ rumah teres bagi pelajar dan warga emas lelaki
- Asrama wanita
- Pondok @ rumah teres bagi pelajar dan warga emas wanita
- Beberapa rumah guru
- Beberapa rumah pertugas
- Masjid
- Kelas-kelas pengajian kitab dan tahfiz
- Beberapa rumah tamu
- Dewan
- Pejabat
Fasa Ketiga:Mengumpul Dana
- Bertujuan menguruskan madrasah dan segala aktivitinya
- Bagi menjalankan program-program ilmu, keagamaan dan tarbiyyah kepada segala lapisan masyarakat
- Bagi mengadakan kursus intersif @ jangka masa pendek untuk pelajar sekolah dan pelajar IPT
- Dana berbentuk tanah perladangan, bangunan sewaan, perumahan, perniagaan, perkilangan dan lain-lain
- Permulaan hasil dana dikumpul daripada pungutan derma umum seterusnya dijadikan modal untuk membeli harta-harta tetap dan sebagainya seperti yang tersebut
- Menghulurkan bantuan kebajikan bagi golongan daif
- Pengurusan dana di kendalikan oleh PERTUBUHAN KHAIRU UMMAH
Penutup
Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati sekiranya penubuhan madrasah ini mendapat sokongan dari pihak tuan sama ada berupa tenaga ataupun wang ringgit dan lain-lain. Sokongan tersebut menyambut saranan supaya saling bantu-membantu memartabatkan agama Allah Taala. Semoga bantuan pihak tuan dibalas oleh Allah dengan ganjaran yang besar di dunia dan akhirat.
Firman Allah Taala, bermaksud: “Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, di setiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Allah menggandakan (pahala) bagi sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas ( kurniaanNya), lagi Maha Mengetahui.” (AL-Baqarah:261)
FirmanNya lagi, bermaksud: “Orang-orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang yang dibelanjakan itu dengan mengungkit-ngungkit pemberiannya dan tidak menyakiti (perasaan sipenerima), bagi mereka itu ganjaran pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka berdukacita.” (AL-Baqarah:262)
#Segala sumbangan hendaklah disalurkan melalui Bank Muamalat Malaysia Berhad di bawah nama:-
PERTUBUHAN UMAT CEMERLANG KELANTAN (KHAIRU UMMAH). No akaun : 0302-0000656-71-8
Perhubungan
1) Yang Dipertua : Ustaz Nik Mohd Nazimuddin Bin Nik Ibrahim
H/P: 012-9463992 & 0139723118 Email: din_lngr@yahoo.com
2) Naib Yang Dipertua:Ustaz Lias Bin Jalil
H/P 012-3623851 Email:
3) Setiausaha: Ustaz Puad Bin Abd wahab
H/P: 019-9409870
4) Bendahari: Yahya Bin Omar
H/P: 017-9547065
# Alamat surat-menyurat:
PERTUBUHAN UMAT CEMERLANG KELANTAN (KHAIRU UMMAH).
4657C Jalan Masjid Langgar 15200 Kota Bharu, Kelantan.
1 comment:
salam ziarah dan salam ramadhan...
moga syeikh dapat merealisasikan niat syeikh...
panjangan doa,usaha..:))
Post a Comment