Lujnah Penerangan dan Perhubungan (LPP) telah mengalami rombakan dan pembaharuan dalam struktur pentadbirannya. Di dalam struktur baru tersebut, jawatan-jawatan baru yang di lantik bagi tiap-tiap ketua unit dalam lujnah telah dimansuhkan.
Sebagai alternatifnya jawatan ketua unit Maktabah diketuai oleh dot do dot dari kelantan, unit Muhadhorah pula diketuai oleh saudara Mazlan dari johor dan unit Perhubungan diketuai oleh saudara fayat dari Negeri Sembilan.
Rombakan ini dibuat supaya jentera pentadbiran Lujnah tersebut dapat digerakkan dengan lebih baik lagi dalam keadaan pelajar-pelajar Madrasah ini kurang berminat untuk melibatkan diri mereka dalam kerja-kerja sukarela Lujnah-Lujnah.
Pelantikan bagi struktur baru ini melibatkan Ustaz Haji Nurussobah dari Kelantan sebagai Pengerusi, Ustaz Haji Mohd Zaini sebagai Timbalan Pengerusi juga dari Kelantan dan Ustaz Muhammad Fuad sebagai Setiausaha dari Negeri Sembilan.
Berdasarkan struktur baru ini, masing-masing di amanahkan untuk memimpin Lujnah Penerangan dan Perhubungan.
Majalah kecil Al-Bakriah yang dilancarkan edisi pertamanya tiga minggu yang lalu telah mendapat sambutan yang baik. Walaupun menerima kritikan kerana bilangan mukasurat yang sedikit namun edaran tiga ratus naskah sebagai percubaan pertama itu telah habis dijual.
Sambutan paling hangat ialah dari kalangan pelajar muslimat di mana semua bilangan naskah yang diperuntuk bagi mereka telah habis dijual dalam masa beberapa hari sahaja.
Berdasarkan dari laporan AJK unit Maktabah, Al-Bakriah edisi kedua yang akan datang telah ditambah bilangan mukasurat menjadikan enam belas muka. Al-Bakriah juga akan memasuki pasaran dalam bilangan yang lebih banyak supaya lebih ramai pelajar Madrasah ini berpeluang memiliki naskah sebahagian daripada koleksi bacaan mereka.
Pelajar juga boleh membeli Al-Bakriah terus dari Maktabah pada masa-masa ianya dibuka. Pelajar diseru sekali lagi supaya menyumbangkan hasil karya mereka kepada pihak Maktabah yang membabitkan Al-Bakriah.
Seruan ini dibuat memandangkan sumbangan dari para pelajar hendaklah maklum bahawa mereka boleh menyumbangkan apa saja bentuk karya. Sekiranya didapati sesuai ia akan disiarkan dan dimasukkan ke dalam ruang yang disediakan.
Daripada kajian yang dibuat, ramai yang menyangka bahawa ruang untuk mereka berkarya amat terhad. Padahal keadaan adalah sebaliknya kerana sidang pengarang hanya mengelolakan rungan tertentu.
Laporan ini disediakan oleh unit Maktabah !
Berilmu, Beramal, Ikhlas
Post Top Ad
Responsive Ads Here
Thursday, June 14, 2007
Home
Unlabelled
Pembaharuan Lujnah Penerangan dan Perhubungan (LPP) Pondok Pasir Tumboh
Pembaharuan Lujnah Penerangan dan Perhubungan (LPP) Pondok Pasir Tumboh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Bottom Ad
Responsive Ads Here
Author Details
Templatesyard is a blogger resources site is a provider of high quality blogger template with premium looking layout and robust design. The main mission of templatesyard is to provide the best quality blogger templates which are professionally designed and perfectlly seo optimized to deliver best result for your blog.
No comments:
Post a Comment