Dalam apa yang berikutnya setelah diri mengalami dugaan yang begitu besar, hati tidak tenteram memikirkan hubungan dengan manusia. Hampir rebah tersungkur di medan perjuangan. Namun diri yang lemah ini bangkit semula setelah ustaz-ustaz di pondok banyak memberi sokongan dan dorongan. Akan dikasihi mereka ini hingga ke akhir hayat.
Bangkit dengan azam baru setelah umur genap 24 tahun pada 5 julai yang lalu. Tanpa membuang masa yang sangat terhad ini. Akan cuba menggariskan secara ringkas mengenai peristiwa-peristiwa sejarah sistem pondok yang terkenal dalam sejarah pendidikan ilmu yang sebenar.
Tujuannya ialah untuk memujuk hati agar melupakan masaalah manusia luar. Supaya dengan itu bolehlah diri belajar dengan tenang dan di samping dapat meluangkan masa mengkaji sejarah kedudukan sistem pendidikan pondok kepada sejarah umat masa kini. Kesedaran dan semangat ini mula membakar setelah manusia cuba pelawa diri berubah dengan hala tersendiri.
Tapi tujuan-tujuan yang paling utama ialah mengenai kandungan sistem pendidikan pondok yang akan membicarakan dalam suluhan cahaya sejarahnya dan juga dalam suluhan cahaya ajaran Islam dan falsafah pendidikan.
Bermula dengan peranan dan jasa-jasa sistem itu akan ditelitikan dari segi kejayaan menyebar-luaskan akidah yang berasaskan kepada tauhid,ajaran ibadat,rohaniah serta hukum-hakamnya tambahan lagi nilai-nilai dan kesedaran keislaman, sebagaimana yang boleh diperhatikan daripada penyebaran islam dalam bahagian sebelah Asia.
Akhirnya percubaan akan dibuat untuk menunjukkan perubahan-perubahan kearah kebaikan yang sepatutnya dijayakan demi untuk meneruskan kewujudan sistem yang tidak ternilai harganya ini dalam menjaga dan menyebar-luaskan risalahnya di dalam dunia moden yang sudah sarat dengan faham kebendaan dalam pegangan dan amalan-amalanya.
Mula-mula sekali bolehlah menggariskan satu aliran sejarah yang mendahlui timbulnya sistem pendidikan pondok yang hendak dibicarakan ini. Pendidikan islam di zaman Baginda s.a.w. disampaikan mengikut isi pendidikan berdasarkan kepada al-Quran dan al-Sunnah, membaca dan menulis juga di ajarkan pada zaman ini, jadi bolehlah dikatakan bahawa pendidikan pada zaman itu Baginda s.a.w. sendiri yang dibimbing oleh Allah; mereka yang dididik adalah para sahabatnya yang utama r.a., alam sekitar pendidikan itu adalah umat yang dihormati Allah yang dalam al-Quran disebutkan sebagai:
“umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk manusia”
Bahan pendidikan adalah al-Quran dan al-Sunnah yang terdapat dalam pelajaran hidup dan peribadi Baginda s.a.w. sendiri; daripada kesedaran pendidikan itu berkembanglah kemudiannya pendidikan Islam yang melahirkan sistem Madrasah al-Nizamiah di Baghdad, yang dibinakan oleh wazir yang terkenal nizam al-Mulk rahimahullahu Ta’ala yang takdirya dibunuh oleh seorang wakil gerakan ismailiyyah dalam tahun 485H.
Daripada contoh madrasah demikian itu timbullah madrasah-madrasah lain dalam alam islam yang merupakan pusat pendidikan dan pengajaran ilmu-ilmu syariat ilmu-ilmu lainya.
Selain daripada madrasah-madrasah ia boleh disebutkan dengan ribat-ribat dan zawiah sufiah yang menjadi pusat-pusat pendidikan rohaniah beberapa abad lamanya dalam alam islam.
Walaupun kita boleh anggapkan bahawa perkembangan zawiah dan ribat-ribat adalah sebenarnya lebih tepat dimasukkan ke dalam sejarah perkembangan tasawwuf, dari segi keagamaan, kerohaniah dan pendidikan ianya tidak boleh diabaikan sebagai pusat-pusat pendidikan islam.
BERSAMBUNG LAGI… pada masa akan datang Insya Allah, dengan isi-isi sejarah pondok yang lebih jelas! Doakan moga diberikan kesihatan yang baik dan ketenangan hati dalam mencari nikmat iman yang sebenar. Amen!
Bahan-bahan yang sedikit ini diperolehi dalam tulisan Ahmad Syalabi dalam bukunya “Tarbiah al Islamiah”, Beirut. dan Syyed Hossein Nasr bukunya “Science and Civilation In Islam” dan Annamarie Schimmel bukunya “ Mystical Dimensions of Islam.
Hasil kajian oleh :
1 comment:
Teruskan usaha untuk membangun kan islam ditengah2 kebinasaan dunia.
Insyallah.
MuA
Post a Comment