Mengenali sejarah perkembangan Pondok ( Bahagian 2 ) - :: Halimislam Online :: حليم اسلام اونلاين

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Sunday, August 5, 2007

Mengenali sejarah perkembangan Pondok ( Bahagian 2 )

Alhamdulillah masih ada lagi jodoh untuk meneruskan matlamat ini. Tidak sangka di maktabah pondok Pasir Tumboh mempunyai banyak bahan-bahan bacaan yang ana kira sangat kurang ada di tempat lain. Tapi malangnya tidak ramai yang minat untuk membaca dan ingin tahu.

Apa pun untuk bab kali ini ana ingin huraikan tentang perhubungan antara pusat-pusat pendidikan islam dan pusat-pusat tarbiah sufiah dalam sejarah islam. Cuba kita lihat tulisan Fazlur Rahman dalam bukunya dalam bahasa Inggeris bertajuk “ISLAM” yang menyebutkan bahawa;

“Di dalam madrasah-madrasah yang terhubung dengan khanqah-khanqah dan zawiyyah sufiyyah kitab-kitab dalam bidang ilmu tasawwuf dimasukkan di dalam sukatan-sukatan pelajaran yang biasa, terutama sekali di India, dia mana semenjak abad ke 8H/14H, karangan al-Suhrawardi ( pengasas tarikat al-Suhrawardiah ), Ibn ‘Arabi dan kemudiannya karangan-karangan jami diajarkan.”

Tetapi di dalam kebanyakan pusat-pusat pendidikan sufiyyah, terutamanya di Turki, sukatan ilmiah adalah khususnya terdirinya hampir-hampir daripada kitab-kitab tasawwuf sahaja di mana kitab “Mathnawi” karangan Jalal al-Din al-Rumi merupakan satu-satunya kitab yang di ajarkan.”

Di dalam zaman moden kita boleh lihat gabungan antara madrasah dan zawiyyah sufiyyah di dalam gerakan al-Sanusiyyah, di dalam peringkat-peringkat awal gerakan itu terdapat hasil-hasil Islamiah yang jelas dari beberapa segi tertentu, takdirnya oleh kerana bebarapa faktor di dalam sejarahnya maka gerakan itu dipatahkan kekuatannya .

Pendidikan islam secara tradisional nampaknya bermula di Nusantara hampir-hampir bersekali dengan perkembangan Islam peringkat awal itu, dengan pertolongan para pendakwah dan ulama’ serta para ahli tsawwuf yang datang dari Asia Barat termasuk India Selatan.

Anggapan ini boleh dibuat tanpa menimbulkan keraguan oleh kerana tabiat batin agama Islam itu sendiri yang mewajibkan menuntut ilmu ke atas tiap-tiap orang beriman. Di dalam pertengahan abad ke 14H, ada dicatatkan bahawa sultan negeri Samudra, al-Malik al-Zahir sangat berminat tentang pendidikan dan pengajaran Islam, sehingga oleh kerana itu baginda mengadakan majlis muzakkarah ilmu di dalam istana.

Di dalam abad kemudiannya, Sumatera merupakan pusat pendidikan dan pengajaran Islam, teruma sekali pada zaman kejayaan kerajaan Islam Acheh dalam sejarah Nusantara.

Selepas Acheh, Pattani menjadi pusat pendidikan Islam di Nusantara, sehingga beberapa fakta boleh menyebabkan kita bercakap berkenaan golongan ulama’ Petani yang mempunyai keperibadian tersendiri di dalam pemumpukan ilmu-ilmu Islam dan perlaksanaan pendidikan Islam.

Mereka yang menjayakan pendidikan ini terutama sekali yang cergas berusaha dalam abad ke 19M yang mengarang kitab-kitab dalam bahasa Melayu (Jawi), antara yang paling terkemuka tidak syak lagi ialah Syaikh Daud al-Fatani dan kumpulannya rahmatullah ‘alaihim ‘ajmain. Kemudiannya pendidikan secara lama itu berkembang di negeri Kelantan dan negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu.

Nampaknya peringkat awal pendidikan Islam Kelantan bermula semenjak abad ke 16M lagi. Hanya selepas beberapa abad kemudian barulah Kelantan muncul sebagai pusat pendidikan Islam tradisional. di dalam abad ke 19M muncul beberapa orang ulama’ tradisional seperti Tuan Haji Abdul Samad bin Muhammad Salih ( Tuan Tabal ), Haji Wan Ali bin Haji Wan Abdul Rahman ( Tok Wan Ali Kutan ), Haji Nik Daud bin Wan Sulaiman ( Mufti ), Haji Awang Atas Banggol, Hakim Haji Abdullah daripada Johor, Haji Wan Ismail bin Jamaluddin dan Haji Nik Abdullah rahmatullah alaihi ajmain.

To be continue…. Insya Allah!

Sumber rujukan daripada tulisan Fazlur Rahman, bukunya dalam bahasa Inggeris bertajuk “ISLAM”. Ziadah dalam bukunya “Sanusiyyah A Study of A Revivalist Movement”. Thomas Arnold dalam bukunya “The Preaching of Islam”. Terdapat juga dalam buku “Preaching” halaman 327. Willer dalam artikelnya “The Development of Islamic Education in Kelantan”. Karangan Abdullah Alwi bin Haji Hassan “Tamadun Islam di Malaysia” Halaman 190. Juga boleh didapati dalam tulisan Nik Aziz bin Hj. Hassan bertajuk “Islam dan Masyarakat Kota Bharu Antara Tahun 1900 hingga 1933. Dan akhir sekali sedikit daripada buku bertajuk “Islam di Malaysia” halaman 18. Semua sumber-sumber ini terdapat di Maktabah pondok Pasir Tumboh.

p/s: Jika ada sahabat-sahabat yang ingin berkongsi maklumat mengenai sejarah perkembang pondok, boleh emailkan kepada ana. Mungkin di tempat anda mempunyai lebih banyak lagi bahan-bahan yang berkaitan dengan institusi pondok.

Moga kerja yang sedikit ini dapat membuka ramai minda umat islam, khususnya kepada ibu bapa yang telah hanyut menghantar anak-anak mereka dengan sistem pendidikan sekular.

3 comments:

Anonymous said...

ISLAM SEBAGAI SOLUSI ATAU PUNCA KEGANASAN?
Dua dekad kebelakangan ini, konsep 'Keganasan Islam' (Islamic Terror) menjadi topik perbincangan yang hangat. Selepas serangan 11 September yang menjadikan ribuan orang yang tidak bersalah di New York dan Washington sebagai sasaran, konsep ini bangkit semula menjadi agenda antarabangsa.

Sebagai seorang Islam, kita setentunya mengutuk perbuatan ini dan merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Amerika.

Tulisan ini akan menekankan bahawa Islam bukanlah punca kepada segala keganasan malah keganasan tidak ada tempatnya di dalam Islam. Sungguhpun perampas kapal terbang itu disyaki sebagai seorang Islam tetapi itu tidak bermakna jenayah yang dilakukan itu dilabelkan sebagai 'Keganasan Islam'. Begitu juga tidaklah dinamakan 'Keganasan Yahudi' jika penjenayah itu adalah penganut Yahudi serta bukanlah 'Keganasan Kristian' walaupun penjenayah itu Kristian.

Ini kerana, membunuh orang yang tidak berdosa atas nama agama adalah salah sama sekali. Seperti yang sedia maklum bahawa mereka yang terbunuh di Washington atau New York merupakan orang yang beriman dengan Jesus (Kristian), Nabi Musa (Yahudi) dan orang Islam. Menurut Islam, membunuh orang yang tidak bersalah menjadi satu kesalahan yang besar dan azab neraka adalah paling layak baginya kecuali diampunkan Allah. Justeru, adalah mustahil orang yang beriman terjebak dalam perkara yang tidak diredhai ini.

Apa yang jelas ialah penjenayah-penjenayah itu sebenarnya telah merosakkan nama agama sendiri. Mereka sebenarnya telah menyebabkan sesebuah agama itu dipandang jahat di mata orang dan telah menanam rasa kebencian kepada mereka yang soleh. Akibatnya, setiap serangan yang dikatakan mewakili 'agama' sebenarnya secara tidak langsung 'memerangi' agama mereka sendiri.
Kesemua tiga agama samawi menganjurkan kasih sayang, belas dan keamanan. Keganasan jelas amat kontra dengan agama kerana ia ganas, sadis, sengsara dan menumpahkan darah. Oleh hal yang demikian, ketika menyelidiki latar belakang seorang pengganas itu mestilah diperiksa kepercayaannya bukan agamanya. Orang yang berlatarbelakang fascist, communist, racist atau materialist merupakan antara yang berpotensi menjadi penjenayah. Nama atau identiti pemetik picu tidaklah penting kerana jika mereka boleh membunuh orang yang tidak bersalah dengan memejam mata, itu tidak patut dilabelkan sebagai seorang yang beragama tetapi layak yang sebaliknya. Mereka menyerang tanpa rasa takut kepada tuhan kerana gila untuk menumpahkan darah dan melakukan kerosakan.
Berdasarkan itulah, 'Keganasan Islam' amat tidak cocok dengan ajaran Islam. Lebih-lebih lagi Islam tidak bersetuju langsung dengan keganasan malah mencegah keganasan dengan menganjurkan keamanan dan kesejahteraan ke serata alam.

Al-Quran Menganjurkan Kebaikan, Keadilan dan Keamanan

Jika dikaji dengan terperinci dapat disimpulkan bahawa keganasan itu dilakukan seseorang bagi mengejar target dalam agenda politiknya. Dalam erti kata lain, mangsa keganasan bukanlah sasaran utama tetapi yang sebenarnya ditujukan kepada pihak lain. Perbuatan keji yang dilakukan Hitler dan Stalin menjadi contoh yang tepat dan sememangnya bertentangan dengan moral keadilan manusia.

Al-Quran diturunkan untuk memandu manusia menurut kebenaran dan Allah memerintah hamba-Nya supaya mengadaptasikan akhlak dalam kehidupan. Akhlak yang merangkumi cinta, belas kasihan, toleransi, dan keamanan boleh diamalkan ke seluruh dunia:

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam keamanan (Islam) secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (Surah al-Baqarah: 208)

Ajaran dari Al-Quran yang diimani orang Islam bukan sahaja menjadi panduan hidup mereka tetapi sesuai juga untuk bukan Islam kerana isi kandungannya mencakupi keadilan, memelihara orang yang memerlukan dan bersalah serta mencegah dari segala kerosakan. Allah juga berfirman, "Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan. (Surah al-Qasas: 77)

Membunuh seseorang tanpa sebab yang diterima merupakan salah satu contoh kerosakan. Allah mengulangi di dalam Al-Quran seperti yang pernah diungkapkan kepada Yahudi di dalam Old Testament:

Oleh karena itu Kami tetapkan (suatu hukum) bagi Bani Israil, bahawa: barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan kerana orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan kerana membuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka rasul-rasul Kami dengan (membawa) keterangan-keterangan yang jelas, kemudian banyak di antara mereka sesudah itu sungguh-sungguh melampaui batas dalam membuat kerosakan di muka bumi. (Surah al-Maidah: 32)

Jelas diperkatakan bahawa membunuh seseorang kecuali jika orang itu membuat kekacauan di muka bumi adalah satu jenayah yang diibaratkan seperti membunuh manusia seluruh alam. Begitu juga dengan kes yang membunuh manusia beramai-ramai dengan cara serangan membunuh diri (suicide attacks) juga terlibat sekali. Allah memberitahu kita akan balasan di akhirat bagi mereka yang sekejam ini:

Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih. (Surah ash-Shura: 42)

Justeru, bagaimana boleh timbul satu tema 'Keganasan Islam'? Dari apa yang dijelaskan adalah mustahil jika dikaitkan Islam dengan keganasan. Apa yang jelas di sini ialah punca keganasan bukanlah dari agama tetapi dari faktor fenomena sosial.

Tentera Salib: Manusia Tidak Bertamadun Yang Menginjak Agamanya Sendiri

Isi kandungan agama yang benar atau sistem kepercayaan adakalanya boleh diseleweng oleh penganutnya yang palsu (pseudo-adherents). Contoh yang tepat boleh dilihat ketika zaman kegelapan dalam sejarah Kristian yang diputarbelitkan oleh tentera perang salib.

Tentera salib yang terdiri dari penganut Kristian Eropah yang bermatlamat untuk menjajah Holy Land (Palestin) dari tangan orang Islam di akhir abad ke-11 sebenarnya dikatakan berjuang atas nama agama. Tetapi mereka telah memanipulasi pengikutnya dengan memasuki tanah itu dengan keganasan dan kekejaman. Orang ramai yang tidak bersalah menjadi mangsa pembunuhan dan banyak kampung dan kota diceroboh.

Jerusalem yang menjadi kediaman orang Islam, Yahudi dan Kristian di bawah pentadbiran Islam yang aman telah bertukar menjadi medan pertumpahan darah yang amat dahsyat. Kekejaman mereka tidak berhenti setakat itu sahaja malah kota Istanbul yang merupakan kota Kristian juga diceroboh dan habis emas permata dicuri dari gereja-gereja.

Tanpa disangkal bahawa keganasan ini amat bertentangan dengan ajaran Kristian kerana agama Kristian yang dimaksudkan Bible ialah 'Gospel of Love'. Di dalamnya menurut Matthew, Jesus mengatakan, "Kasihilah musuh kamu dan berdoalah bagi mereka yang menganiaya kamu" kepada penganutnya (Matthew, 5/44). Menurut Luke pula, Jesus mengungkapkan "Jika seseorang memukul pipi kamu, balaslah dengan cara yang lain" (Luke, 6/29). Di dalam bahagian New Testament pula tidak ada langsung rujukan yang melegitimasi keganasan.

Yang menjadi persoalan ialah jika Kristian adalah agama yang berteraskan kasih sayang, bagaimana boleh terjadi peristiwa berdarah yang dilakukan tentera salib? Punca utama berlaku sedemikian ialah kerana tentera salib itu dibentuk dari mereka yang jahil tentang agama, yang tidak pernah membaca atau melihat Bible sepanjang hayat atau mereka yang tidak menghayati ajaran yang terkandung di dalam Bible. Mereka dihimpunkan menjadi tentera salib di bawah slogan "God wills it".

Mengikut sejarah, pada zaman itu kehidupan penganut Kristian di Timur lebih bertamadun jika dibandingkan dengan Kristian di Barat. Cuma selepas peristiwa berdarah itulah barulah Kristian Ortodoks mengambil pendekatan untuk hidup bersama orang Islam. Menurut Terry Johns, pengulas BBC, dengan berakhirnya perang salib di timur tengah 'telah mewujudkan kehidupan bertamadun dengan gabungan tiga agama di bawah satu bumbung keamanan'. Nyata bahawa tentera salib itu bukanlah penganut sejati Kristian tetapi mereka terdiri dari orang yang jahil dalam segala ilmu lalu dipergunakan untuk menjayakan sesuatu ideologi walaupun tidak wujud langsung sebarang kepentingan ideologi itu dalam agama. Kekejaman Khmer Rouge di Kemboja menjadi contoh kerana terpengaruh dengan ideologi komunis yang cenderung kepada keganasan. Sebabnya juga kerana mereka terdiri dari orang yang jahil. Mereka yang jahil ini sebenarnya keliru dengan tujuan keganasan yang kononnya digunakan untuk membanteras keganasan (atau untuk agama).

Sifat Orang Badwi di dalam Al-Quran

Pada zaman Nabi Muhammad (s.a.w) wujud dua bentuk penempatan di tanah Arab iaitu penduduk kota dan badwi (gurun Arab). Mereka yang tinggal di kota banyak terdedah dengan dunia luar dan kehidupan mereka lebih bertamadun. Kehidupan mereka penuh dengan nilai-nilai murni selain membudayakan hidup dengan kesusasteraan terutamanya puisi. Berbeza dengan mereka yang mendiami di gurun yang hidup berpindah randah (nomad) dengan nilai kebudayaan yang carca merba. Kesenian dan kesusasteraan langsung tidak dipedulikan menyebabkan mereka membangun tanpa nilai murni dan sifat yang luhur.

Islam yang mula berkembang di Mekah merupakan kota yang penting di semenanjung Arab. Justeru, ramailah yang memeluk Islam dan penduduk di gurun juga tidak ketinggalan memeluknya. Setelah itu timbul masalah kerana penghuni gurun ini mundur dari segi kebudayaan dan intelektual yang menghalang mereka memahami dan mendalami Islam sepenuh jiwa. Allah menyatakan hal ini di dalam Al-Quran:

Orang-orang Arab Badwi itu, lebih banyak kekafiran dan kemunafikannya, dan lebih wajar tidak mengetahui hukum-hukum yang diturunkan Allah kepada Rasul-Nya. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (Surah at-Taubah: 97)

Nyatalah bahawa orang badwi itu merupakan kumpulan yang terdiri dari orang yang kufur yang munafiq serta cenderung untuk mengengkari perintah tuhan. Di dalam zaman nabi sendiri orang-orang sebegini menjadi petulang di dalam dunia Islam. Contohnya seperti golongan 'Kharijiyyah' yang jelas bersifat luar tatasusila kerana mereka merupakan kelompok yang keluar dan memberontak dari golongan Syiah. Golongan fanatik, liar dan ekstrem ini mendakwa diri mereka Islam walaupun tidak memahami Islam sepenuhnya selain menyeleweng isi Al-Quran untuk memerangi orang Islam sendiri. Saidina Ali yang merupakan sahabat paling rapat dengan nabi sehingga diiktiraf 'pintu segala ilmu' juga dibunuh angkara aktiviti ganas golongan kharijiyyah ini.

Telah terbukti bahawa tentera salib mengganas setelah ajaran Kristian diseleweng dan disalahtafsirkan, begitu juga dengan puak-puak yang mengkhianat Islam semata-mata untuk menghalalkan keganasan. Apa yang sama antara tentera salib dan orang badwi ini ialah mereka jahil, tidak faham, kurang didikan, liar dan terpencil dari umum. Keganasan yang dilakukan mereka berpunca dari struktur sosial bukannya agama yang menuntut melakukannya.

Hari ini, dunia Barat telah menyalahertikan fungsi organisasi atau pertubuhan Islam di seluruh dunia. Bagi mereka semua organisasi atau pertubuhan itu merupakan pendukung kepada kegiatan keganasan. Persepsi ini perlu diubah walaupun terdapat badan pengadilan yang boleh membuktikan kesahihan dakwaan itu. Yang penting ialah langkah jangka masa panjang perlu dirangka supaya dapat menyelesaikan permasalahan ini.

Dunia Barat terutamanya Amerika yang mempunyai kuasa majoriti di dunia tidak patut mempergunakan kuasa itu untuk memerangi Islam atau orang Islam tetapi sebaik-baik dipergunakan untuk memberi khidmat bagi menyantuni keperluan dunia Islam. Teori 'benturan peradaban' (clash of civilization) yang menjadi doktrin bermula 90an ini sewajarnya dilenyapkan.

Dalam masa yang sama, umat Islam diseru bersatu bagi menyebarluaskan maklumat tentang Islam yang menganjurkan kasih sayang, persaudaraan, keamanan dan kesejahteraan. Sebarang informasi yang salah boleh menimbulkan perbalahan dan menyemai semangat radikal. Selain itu, umat Islam seharusnya menonjolkan akhlak-akhlak mulia yang ditonjolkan Al-Quran.

Dari penjelasan di atas dapat difahami bahawa punca keganasan ialah kesempitan fikiran dan setentunya pendidikan merupakan jalan keluar baginya. Orang yang kesal dengan keganasan dan yang mengatakan keganasan hanya menghancurkan dan merosakkan Islam dan seluruh masyarakat seharusnya mengambil inisiatif untuk mencari alternatif mendidik masyarakat bagi membendung keganasan.

Harapan semua orang supaya dapat menyelamatkan dunia dari segala keganasan, huru-hara dan kekejaman patut diberi perhatian. Amerika Syarikat yang didominasi oleh populasi Kristian yang mendakwa negaranya 'a nation under God' sebenarnya mempunyai perkaitan rapat dengan orang Islam. Allah juga mengatakan penganut Kristian sebagai "...paling dekat persabahatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya kami ini orang Nasrani". (Surah al-Maidah: 82).

Dalam sejarah, orang yang jahil (tentera salib dan orang badwi) sebenarnya tidak memahami fakta sebenar sehingga menimbulkan perbalahan antara dua agama yang besar ini. Supaya kejadian ini tidak berulang, penganut Kristian dan Islam sepatutnya duduk semeja untuk saling bekerjasama. Duduk semeja bukan untuk mencari siapa salah tetapi bermusyawarah menghasilkan penyelesai masalah agar tidaklah lagi agama dikaitkan dengan sebarang keganasan. Susu sebelanga akan dibuang sekiranya dimasuki walau hanya setitik nila!

Anonymous said...

RAMADHAN:
BULAN RAHMAT,
BERAMAL SOLEH DAN BERPUASA
Bulan Ramadhan benar-benar memberikan pulangan yang besar dan ibarat pasar untuk dagangan ke akhirat. Ditamsilkan juga seperti tanah yang subur untuk bercucuk tanam menuju ke sana. Perbuatan yang hidup dan cergas di dalam bulan ini dikiaskan seperti hujan April yang turun pada musim bunga. Bulan ini juga merupakan festival yang amat mulia bagi orang-orang yang mengabdikan diri kepada tuhannya. (The Risale-i Nur Collection, Letters, The Twenty-Ninth Letter).

Seperti yang diungkapkan Bediuzzaman Said Nursi kepada kita melalui kalimat yang indah ini, bulan Ramadhan mempunyai kuasa suci bagi perayaan umat Islam. Umat Islam yang bertakwa dan hidupnya sentiasa mencari keredhaan Allah tidak akan mengabaikan kewajipannya untuk berpuasa sepanjang bulan ini dengan penuh semangat dan keghairahan.

Puasa, seperti yang diwajibkan Allah "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah: 183) dan "...berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" (Surah al-Baqarah: 184) merupakan tugas yang tidak ternilai faedahnya bagi umat Islam. Kewajipan yang dilaksanakan oleh semua umat Islam akan meningkatkan semangat perpaduan di kalangan mereka yang bertebaran di serata alam. Kenyataan ini berdasarkan dengan aktiviti yang dilakukan bersama-sama ini sekaligus menguatkan kekuatan spiritual. Nabi Muhammad s.a.w. juga memperincikan kepentingan Ramadhan seperti berikut:

"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).

Berpuasa menjadi peluang keemasan bagi orang beriman yang benar-benar takutkan Allah dan kesempatan dimanfaatkan untuk mendekatkan diri pada-Nya. Melaksanakan perintahnya dengan bersabar menahan lapar sepanjang hari selepas melewatkan sahur dan sebelum menyegerakan berbuka menjadi bukti menuntut keredhaan Allah. Disebabkan itulah, orang Islam yang istiqomah mencari keredhaan Allah akan meraikan bulan ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Sepanjang bulan ini juga umat Islam akan memastikan setiap langkahnya dipenuhi dengan amalan-amalan yang diturunkan Allah selain menunaikan yang diwajibkan.

Tidak kurang juga mereka yang tidak mengamalkan hidup secara Islami di hari lain akan mengubah perilaku dengan berpuasa sepanjang Ramadhan. Ini kerana mereka percaya Allah akan membersihkan dan menyucikan kesalahan mereka dengan menunaikan kewajipan ini. Dengan itu, secara tidak langsung bulan ini bermakna seseorang itu akan mendekati agamanya dan meninggalkan perbuatan buruk yang dilakukannya.

Bulan ini juga sesungguhnya telah menurunkan kadar jenayah dengan peratusan yang tinggi di seluruh negara Islam. Penipuan, pengkhianatan, fitnah dan umpat mengumpat akan ditinggalkan kerana mereka menyedari akan larangan ketika berpuasa. Semangat dan keazaman mereka untuk berfikir dan melakukan perbuatan baik juga meningkat. Dalam erti kata lain, berpuasa seperti memandu mereka untuk berfikir sesuatu yang tidak pernah terlintas langsung di minda mereka. Bagi sesetengah individu pula, bulan ini digunakan untuk berehat sambil melakukan amal yang soleh dan perbuatan mulia.

Di dalam kalimat yang lain, Bediuzzaman Said Nursi menerangkan bagaimana semua pancaindera orang berpuasa beralih arah dalam pengabdian:

Kejayaan yang bermakna ketika berpuasa ialah dengan menjadikan semua pancaindera dan organ seperti mata, telinga, hati, dan fikiran turut sama berpuasa bersama-sama perut. Dengan ini akan mengelakkannya dari melakukan perkara yang sia-sia dan mendorongnya melakukan amalan pengabdian.

Salah satu hikmah dari berpuasa ialah membolehkan seseorang itu menzahirkan kesyukuran di atas segala rahmat yang Allah limpahkan. Musibatlah bagi mereka yang menggunakan sewenangnya rahmat Allah tetapi tidak tahu untuk berterima kasih pada yang memberi. Bagi mereka semua rahmat ini merupakan hak yang memang patut diterimanya. Allah banyak menyarankan kepada hamba-Nya di dalam Al-Quran supaya sentiasa bersyukur di atas rahmat yang dikurnai-Nya. Allah juga berjanji akan melipatgandakan rahmat bagi mereka yang bersyukur.

Orang yang berpuasa juga akan dilindungi Allah dari segala hasutan syaitan untuk melupakan manusia dari bersyukur. Mereka yang tidak pernah merenung untuk berfikir berapa banyak kurniaan yang telah Allah turunkan akan mula mengucapkan syukur berulang kali di atas segala peluang dan kesihatan yang dikecapinya. Bediuzzaman Said Nursi megatakan bahawa berpuasa di bulan Ramadhan adalah "kunci kepada kebenaran, keikhlasan, kemuncak dan kesejagatan syukur".

Tambahan pula, mereka yang berpuasa akan merasai betapa kerdilnya dirinya di hadapan Allah dan memahami betapa perlunya dirinya kepada Allah. Segala desakan nafsunya menjadi lemah dan kesombongannya bertukar luntur. Memetik dari buku Bediuzzaman Said Nursi:

Bulan Ramadhan akan mengubah jiwa naluri seseorang. Dari sekaya-kaya menjadi semiskin-miskin kerana memahami bahawa harta itu bukan miliknya malah kepunyaan semua orang. Dirasakan juga dirinya tidaklah merdeka tetapi adalah hamba. Diketahui sekiranya tidak diterima sebarang arahan, tidak akan berupaya melakukan sebarang kerja mudah dan senang ibarat tidak dapat menyentuhkan tangan ke dalam air.

Selain pelbagai faedah yang diperolehi dari berpuasa, kesabaran juga antara karakter yang boleh dipupuk dan meyakini kesengsaraan itu mendidik untuk memajukan seseorang. Sebab itulah Bediuzzaman Said Nursi mengatakan: "puasa itu merupakan penawar bagi mereka yang kurang kesabaran dan kurang ketahanan walaupun digabungkan masalah dua orang dalam satu individu". Semua ganjaran yang Allah janjikan akan dikurniakan bagi mereka yang memenuhi kewajipan dengan berpuasa untuk meningkatkan keimanan kepada-Nya. Semua ganjaran ini merupakan balasan di atas ketaatan kepada agama yang dilakukan dengan penuh semangat walaupun orang lain tidak tahu betapa payahnya ketika berhadapan dengan kelaparan ini.Apa yang dijelaskan tidaklah merangkumi semua faedah yang diperolehi dari bulan Ramadhan dan puasa. Ada banyak lagi kebaikan yang tidak kita ketahui atau tidak dihargai tetapi Allah tetap mengurniakannya pada kita di sebalik kewajipan puasa itu.

Anonymous said...

thank you for the articles and shall wait for the next....

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here